RINTIHAN KALBU

Sunday, January 31, 2010 Posted by Azizah Aling




Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi.

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai 'abdi
Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya.. indahnya.. oh indahnya...

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah.

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian.

Teruskan.. oh teruskan..
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan.

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu.


Nota: Ini adalah bait-bait yang terkandung dalam lirik nasyid RINTIHAN KALBU yang termuat di halaman Facebook Ustaz Hasrizal (Abu Saif) yang telah menyentuh hati hamba. Bergenang air mata mendengar nasihat dalam lagu ini - tidak perlu muzik rancak untuk melunakkan hati mengingatkan diri untuk menjadi 'abid yang menyeru ke arah kebenaran. Irama serupa sering kami dendangkan di zaman persekolahan lalu. Terima kasih ustaz kerana menggerakkan hati mencari jalan damai sedari awal pagi.

0 comments:

Post a Comment