Muqaddimah - Yang Indah Itu Bahasa - Yang Cantik Itu Budi

Sunday, January 31, 2010 Posted by Azizah Aling


"u kt ner skunk? i nk MeEt u jap. U bZ x? F u x bz, gimme a cAll k? Juz nk lepAk2 wit U beb"


Ini antara pesanan ringkas yang aku terima di telefon bimbit petang semalam daripada seseorang yang aku tidak tahu siapa memandangkan nombornya tidak tersenarai dalam simpanan buku telefon. Aku juga tidak membalas pesanan tersebut untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang butir diri si pengirim. Ia bukanlah bermakna aku menyombongkan diri tetapi aku agak rimas dengan gaya bahasa dan bentuk tulisan yang terpamer di skrin telefon bimbit.


Aku seringkali berasa tidak selesa dengan penggunaan gaya bahasa anak-anak yang menggelarkan diri mereka moden dalam konteks dunia hari ini. Aku tidak pasti siapakah guru yang berjaya "membentuk" gaya penataan bahasa sedemikian. Aku fahami barangkali si empunya diri mahu meringkaskan pesanan agar padat dan karakter huruf tidak melebihi kadar satu pesanan. Apabila ia melibatkan duit, aku faham akan kekangannya. Tetapi, apakah perlu mencampur adukkan bahasa ibunda dengan bahasa asing sampai sebegitu rupa?


Kalau mahu berbahasa Melayu, berbahasalah dengan sebaiknya. Kalau mahu menggunakan Bahasa Inggeris, berbahasa Inggerislah dengan sebaiknya juga. Tidak salah kita mempunyai kepandaian dalam pelbagai bahasa asalkan kita mengamalkannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukan taksub dengan bahasa rojak sehingga ejaannya juga diringkaskan sekaligus mencacatkan butir bahasa itu sendiri.


Mungkin bunyinya aku ini agak kekampungan, tidak mahu berada dalam arus semasa dan mengangkat medenisasi dan globalisasi sebagai asas untuk menganuti budaya alaf baru agar tidak ketinggalan di belakang. Ahh.. biarkan. Aku sememangnya anak kampung yang asalnya miskin, dan aku sesungguhnya tidak sanggup mengorbankan bahkan tidak sanggup menggadaikan akar budaya yang aku pertahankan semata-mata untuk digelar sebagai wanita moden. Aku mempunyai sudut pandang yang berbeza. Bagi aku, orang yang mampu menghormati dan menghargai bahasa sendiri itu sebenarnya lebih bertamaddun. Sebaliknya, orang yang sudi menjadi pencacai kepada bahasa dan budaya kita itulah yang tertinggal jauh ke belakang dan wajar dianggap sebagai tidak bertamaddun.


Budaya ini bukan sahaja popular dikalangan anak muda semasa penggunaan sistem pesanan ringkas, bahkan semakin berleluasa terutamanya di laman sosial seperti Facebook, Friendster dan MySpace. Aku bimbang sekiranya ia makin terus berleluasa, apakah lagi yang tinggal untuk kita wariskan kepada anak generasi akan datang? Aku risau andainya nanti anak-anak kita lupa apakah bentuk ejaan yang betul dan laras bahasa yang tepat dalam mengungkapkan sesuatu perkara.


Barangkali bunyinya sedikit sinis. Tapi, aku berasakan bahawa penggunaan kosa kata dan tatabahasa serta ayat yang betul akan menampakkan kematangan dan taraf penghormatan yang tinggi terhadap tamadun bangsa kita sendiri. Kita selalu mempertahankan bahawa Tanah ini milik kita, budaya melayu adalah budaya yang penuh santun dan manis dan penuh gemalai. Tetapi, siapakah sebenarnya yang cuba meruntuhkan sendiri apa yang kita ingin bina dan letak di tempat teratas kalau bukan tangan kita sendiri?


Kalau difahami penafsiran makna Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 160: Melayu itu didefinisikan sebagai seorang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan ajaran Islam dan menerima adat resam budaya Melayu yang telah diwariskan zaman-berzaman. Ini bermakna, kalau benar kita mahu mengangkat bahasa dan budaya kita, kita harus mulakan dengan perkara yang kecil agar asas yang kecil ini akan memberi kekuatan untuk kita menegakkan perkara yang lebih besar. Bagi aku, kalau hal sebegini kita hanya pandang mudah dan menerima dengan sekadar sebelah mata, aku tidak pasti apakah ajaran Islam yang dibawa juga akan diambil mudah memandangkan ajaran itu sendiri mencakupi pelbagai perkara kecil yang dianggap remeh oleh sesetengah manusia sehinggalah kepada bab yang besar. Ia bermula daripada bab Taharah sehinggalah kepada bab Siasah.


Kalau kita menerima adat budaya kita dengan baik, maka tiada pintu untuk orang lain menghina dan menginjak kita kerana kuncinya dipegang oleh kita sendiri. Masalah akan timbul apabila kita sendiri yang sudi menyediakan banyak kunci pendua untuk membolehkan orang lain turut masuk ke dalam rumah kita dan mengharu-birukan suasana, seolah-olah tampak kita ini tidak mempunyai kuasa apa-apa.


Aku terkenang-kenang kata-kata Kiyai Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai AA Gym:


"Saudaraku, kita harus memiliki kepekaan. Bukan sahaja peka terhadap hal-hal besar, namun peka pula terhadap hal-hal kecil. Tidak ada satu pun yang besar kecuali diawali oleh sesuatu yang kecil. Semegah dan setinggi apa pun gedung, pastilah ia tersusun atas batu-bata dan besi-besi kecil. Begitupun sebuah buku, ia tersusun atas kalimat-kalimat. Sebuah kalimat adalah rangkaian kata. Sebuah kata adalah rangkaian huruf. Dan sebuah huruf adalah rangkaian titik.


Titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat manusia. Walaupun kecil, tapi pengaruhnya begitu besar. Di dalam tatabahasa Arab, sebuah titik bisa mempengaruhi makna sebuah kata. Tanpa titik, beberapa huruf Arab tidak mengandung arti. Begitupun bila salah menempatkan titik, maka makna sebuah kata dan cara membacanya jadi berbeda.


Apa hikmahnya bagi kita? Kita jangan mengabaikan kebaikan sekecil apa pun dan juga jangan menganggap remeh keburukan sekecil apa pun. Kita harus selalu waspada terhadap semua hal kecil yang bisa menjadi amal atau yang bisa menjadi dosa. Kecil menurut kita belum tentu kecil dalam pandangan Allah."


Nah!! fahami dan dalami kata-kata di atas sedalam-dalamnya. Banyak bentuk pesanan dan kiasan yang tersimpul rapi di situ. Selamat merungkaikannya dan selamat berbahasa dengan penuh rasa tanggungjawab.

RINTIHAN KALBU

Sunday, January 31, 2010 Posted by Azizah Aling




Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi.

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai 'abdi
Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya.. indahnya.. oh indahnya...

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah.

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian.

Teruskan.. oh teruskan..
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan.

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu.


Nota: Ini adalah bait-bait yang terkandung dalam lirik nasyid RINTIHAN KALBU yang termuat di halaman Facebook Ustaz Hasrizal (Abu Saif) yang telah menyentuh hati hamba. Bergenang air mata mendengar nasihat dalam lagu ini - tidak perlu muzik rancak untuk melunakkan hati mengingatkan diri untuk menjadi 'abid yang menyeru ke arah kebenaran. Irama serupa sering kami dendangkan di zaman persekolahan lalu. Terima kasih ustaz kerana menggerakkan hati mencari jalan damai sedari awal pagi.

Refleksi Diri - Merenung Kembali Jalan-Jalan Hijrah

Saturday, January 30, 2010 Posted by Azizah Aling




Hari ini 14 Safar 1431 H sudahpun menjelmakan diri, meninggalkan 1 Muharram 1431 H di belakang. Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431 yang lalu, pastinya kita semua menanam dalam hati dan menyemat azam untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan ke arah yang lebih baik dan memperbanyakkan amal kebajikan. Berhijrah selagi kita mampu membawa perubahan ke dalam diri dan kehidupan kita. Bagi mereka yang mempunyai ilmu, sampaikanlah. Bagi mereka yang mempunyai harta, infaqkanlah agar ia bisa dimanfaatkan mereka yang amat memerlukan. Demikian juga dengan mereka yang mempunyai kudrat dan tenaga untuk memperjuangkan syiar Islam, berjuanglah.


Hijrah telah menunjukkan bahawa berkat kerjasama dan pengorbanan yang diberikan oleh umat Islam ketika dahulu, segala kesulitan yang didepani telah dapat diatasi bersama-sama dan umat Islam telah menjadi umat terbilang. Menyusuri jalan sejarah, Kota Constantinople pernah berjaya ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Maka berakhirlah Empayar Byzantine.


Suatu hari nanti, kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti berkerja dengan Allah SWT melainkan perjuangan berakhir bersama dengan hembusan nafas terakhir.


Alhamdulillah, banyak sungguh nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini. Sesungguhnya bagi diri hamba yang lemah dan kerdil ini, tarikh 1 Muharam menjadi satu tanda dan asas untuk bermuhasabah dan menilai hasil pencapaian sasaran hidup pada tahun-tahun lalu. Soalan yang biasa menjengah benak, sejauh manakah pencapaian azam dan aktiviti hidup yang disasarkan berjaya dilaksanakan dan apakah strategi dan cara terbaik untuk mendepani cabaran, kesukaran dan kegetiran yang dihadapi? Kita sering terlupa bahawa merancang kehidupan perlu ada perancangan strategik dan KPI yang teratur. Barulah mudah meneroka jalan untuk beroleh kesejahteraan dalam hidup.


Hijrah Rasulullah SAW bukanlah satu mitos semata-mata. Hijrah adalah satu sejarah yang mengaplikasikan perubahan tafsiran falsafah hidup yang selama ini dibelenggu kejahilan dan kesoronokan dunia ciptaan manusia. Peristiwa hijrah yang mengandungi suka-duka dan pahit getir perjalanan hidup pejuang kebenaran ini adalah titik tolak bagi manusia mengenal erti hidup sebenar seorang hamba yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya.


Hijrah Rasulullah SAW ke Yathrib telah berjaya menyatupadukan segenap kekuatan yang ada. Kaum Aus dan Khazraj berjaya didamaikan daripada persengketaan yang sebelumnya saling bermusuhan beratus-ratus tahun lamanya. Kaum Muhajirin dan Ansar berjaya disatu-padukan kekuatan mereka melalui persaudaraan yang sungguh indah. Piagam Madinah terhasil dan ia merupakan perlembagaan kehidupan yang paling lengkap dalam sejarah peradaban tamaddun manusia di dunia. Semua kaum dan agama di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjanji untuk bekerjasama mempertahankan negara daripada serangan musuh. Semua kaum dan agama bebas melaksanakan agama masing-masing.


Islam terus berkembang luas ke Makkah dan kemudian meluas ke seluruh Jazirah Arab dan seluruh dunia, sehinggakan ajaran Islam bisa kita imani dan anuti di bumi ini sehingga kini. Sesungguhnya dakwah akan mencapai kejayaan dan Islam akan diterima dengan baik asalkan kita dapat membuktikan bahawa mereka yang beragama Islam adalah umat yang dapat dijadikan contoh teladan yang baik dalam segala hal. Tanpa iltizam untuk berhijrah, mustahil kejayaan akan dapat dicapai dan kemajuan ummah tidak akan terhasil.


Benar sekali bahawa hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Kita mesti berubah daripada sesutu yang buruk kepada sesuatu yang baik - seterusnya berada di tahap paling baik. Persoalannya, bagaimanakah jalan yang lurus akan kita perolehi andai perubahan tidak dilakukan seiring pengorbanan? Ya Allah.. berilah hamba-hamba-MU segenap kekuatan untuk menjadi umat pertengahan - umat terbaik untuk meneruskan risalah dakwah membesarkan syariat-Mu.


Di atas dunia ini, apabila manusia ingin membina lebuhraya yang baik dan selesa, kita mesti melakukan pemotongan, pembetulan, menggali di sana sini, meluruskan mana yang bengkok, menimbun tanah yang berlubang dan pelbagai lagi. Inikan pula kita dalam usaha mendapatkan jalan yang lurus untuk dunia dan akhirat. Sudah tentu dan sudah pasti banyak perubahan dan pengorbanan yang dituntut daripada kita. Ya Allah.... Kuatkah kami mengharungi semuanya?


Itulah sebabnya Islam mengajar kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, iaitu mengubah pencarian daripada yang haram kepada yang halal, mengubah sikap terlalu mementingkan dunia kepada menjiwai bahawa segala yang diperolehi adalah nikmat Allah, berasaskan sifat Rahman dan Rahim-Nya yang tidak pernah surut. Rasulullah SAW datang membawa perubahan ke arah jalan yang lurus, memerlukan terlalu banyak perubahan yang bermula dengan perkara asas seperti akidah dan sistem perundangan sehinggalah kepada perkara kecil seperti tatatertib menjamah rezeki tetapi memberikan kesan kepada kebaikan. Islam itu sangat indah. Syumul. Lengkap.


Cabaran memang sentiasa menanti. Semoga hati kita semua kuat menghadapi dugaan dengan penuh rasa lapang hati. Walaupun perjalanannya ditemani onak, diiringi duri, seringkali digetus dan digetas binatang buas, semoga kita tetap mampu tumbuh mencetuskan tunas-tunas mulia yang akhirnya bisa dimanfaatkan orang banyak. Bak kata Pak Hamka: "Hidup adalah perjuangan. Sesekali ombak naik, sesekali ombak turun. Kadang-kadang kita memukul, kadang-kadang kita terpukul. Tiba giliran menjadi palu, hendaklah pukul habis-habisan. Tiba giliran menjadi landasan, tahan pukulan biarpun bertalu."


Jalan ini jauh. Matlamat akhir itu hakiki. Mencapainya memerlukan kesabaran dan ketekunan. Ujian adalah kayu ukur iman. Tinggi rendah iman diukur daripada natijah di akhir ujian. Teruslah berdiri teguh. Janji Allah tentang kemenangan itu PASTI.

Kisah seorang profesor dan pendayung sampan

Thursday, January 28, 2010 Posted by Azizah Aling




Suatu hari, seorang Profesor yang
sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung
sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Profesor memang mencari
pendayung sampan yang pendiam agar
tidak banyak bertanya ketika dia
sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Profesor itu
membuat kajian. Diambilnya sedikit air
laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang. Selepas itu dia
menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-
jam lamanya Profesor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung
sampan itu mendongak ke langit.

Berdasarkan pengalamannya dia berkata
di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik
ke darat"
kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula
memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu
barulah Profesor itu menegur
pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung
sampan?"
Tanya Profesor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab
pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Profesor
itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara
lain selain dari mendayung sampan?"

Tanya Profesor itu.

Pendayung sampan itu hanya
menggelengkan kepalanya. Masih tidak
berpuas hati, Profesor itu bertanya
lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan
kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan
25 peratus dari usia kamu."


Kata Profesor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan
kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50
peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Profesor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu
hanya menggelengkan kepala. "Kalau
begini, kasihan, kamu sudah kehilangan
75 peratus dari usia kamu. Malang
sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.
Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai
pendayung sampan."
Kata Profesor itu
dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam
diri. Selang beberapa minit kemudian,
tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu
dilambung ombak besar dan terbalik.
Profesor dan pendayung sampan
terpelanting.

Sempat pula pendayung sampan itu
bertanya kepada profesor, "Kamu tahu berenang?"
Profesor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu sudah kehilangan
100 peratus nyawa kamu."
Kata
pendayung sampan itu sambil berenang
menuju ke pantai.

Sayangku..

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum
tentu boleh menjamin kehidupan. Tak
guna kita pandai dan tahu banyak
perkara jika tidak tahu perkara-perkara
penting dalam hidup. Adakalanya orang
yang kita sangka bodoh itu rupanya
lebih berjaya daripada kita.

Dia mungkin bodoh dalam bidang yang
tidak ada kena mengena dengan
kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam
bidang yang diceburi. Hidup ini
singkat. Jadi, tanyalah pada diri
sendiri, untuk apakah ilmu yang
dikumpulkan jika bukan untuk digunakan
dan boleh digunakan serta dimanfaatkan?


"KHAIRUNNAS ANFA 'UHUM LINNAS"

(Sebaik-baik manusia ialah mereka yang boleh

memberikan manfaat kepada orang lain)

A Simple Story

Thursday, January 28, 2010 Posted by Azizah Aling



Ah Kau is a guy who sells newspaper every morning next to your

apartment, and you are one of his daily regular customers. Before

dashing off to your office every day, you will go to his small stall and

buy The Star newspaper. Wearing a newly pressed shirt, a tie, and a pair

of Clarks shoes, you grab a copy of The Star, pay RM1.20 and exchange

smiles with Ah Kau and greet him.


"Apa macam Ah Kau ini hari? Bisnes ada baik?"

The normal greeting like you do every day. Yes, Ah Kau doesn't speak

English. He speaks Chinese and knows a little bit of Malay. He speaks a

little bit of Malay but with a very thick Chinese accent.



"Biasa saja... ini bisnes aa, kadang kadang baik, kadang kadang tada

untung oo...."




"Biasalah hidup. Kadang kadang ok, kadang kadang tak ok." You give Ah

Kau a pat on the back. You smile and walk away and get into your car.

You start the engine and start driving to your office, a multinational

semiconductor company located in a premier industrial area. You are a

young and promising finance executive and the future looks bright for you.



A year goes by and things look pretty good on the track. You decide to

marry your fiance and have your new wife moves in to your place. Both of

you feel happy because you can save more money as the two of you will

be sharing one apartment and can live as one.



Ah Kau is still selling the newspaper as usual. Sometimes in the

morning your wife gets the newspaper from Ah Kau instead of you.



A year later a child comes along, and you decide to buy and move into a

newly developed condominium just across the street. This place is bigger

so it will be perfectly fit for the three of you. But since both of you are

working, you decide to get a maid to take of the household and your kid.



By this time you're offered a managerial job from another

multinational company. The remuneration package offered is much better

in terms of the pay, contractual bonus, medical benefits and a few

others which make it impossible for you to decline. So you join this

company happily.



You get busier. You realize that you spend less and less time with your

family. When your department is busy preparing for the next audit, your

working hours become more and more ridiculous. Any internal issues

arising in the office means you'll be stuck in the office until 8.00 or 9.00 pm.


Sometimes, during the weekend, you'll spend your time in your office,

buried under paper works and documentations, instead of taking your

family for a walk in the park.



One morning, on your way to get your copy of The Star, you realized

that Ah Kau is no longer in his stall. So is his rundown motorbike.

Instead, there's another young Chinese guy at the stall.



"What happen to Ah Kau?" You ask out of curiosity.



"Oh, he is still around, but he is no longer taking care of this stall

as he has opened up a new grocery shop down town. I am running this

newspaper stall for him."




"Ok," you smile. You feel happy for Ah Kau. "At last he manages to

improve his life."




Your normal life continues. A year passes by and at the end of your

company's fiscal year, you are rewarded for your effort with a 5 months

bonus pay-out by your employer. Wow!! Now that is a

very handsome reward.


You feel your effort has been equally compensated. To celebrate, you

decide that it is time to trade your 5-year old Proton Wira to the latest Honda Civic model. It won't be much a problem to you to get a loan scheme from the bank as your pay slip will provide you an easy gateway

to access financial help from any bank.



One day, the hardest reality of life hits you right on the face. The

company that you've been working for years announces that they are
moving their business to China for cost and competitive reason and has asked you to find a job somewhere else. "What?" You scream out cold.

"I got a lot of liabilities on the card! Who's gonna pay for
my mortgage? My car? My credit card? My gym fees? My bills?"
You yell like there is no
way out.



This is the first time you feel let down by your own employer. All your

hard work seem to go up on the smoke. You feel sick. You now hate your

company. On the way home, you stopped by at a mamak restaurant for a

cup of teh tarik while pondering about your future. Alone.



Suddenly you saw this new, shiny BMW 3 series being parked nearby. And

to your surprise, it was Ah Kau. Yes, Ah Kau who used to sell newspapers

nearby your old apartment. "What happened to old Ah

Kau?"
You whisper to yourself.



Ah Kau still recognizes you, and sit next to you, and shared his story.

To make it short, Ah Kau had accumulated his money from selling

newspapers to open more stalls, one after another. Every new stall is

run by his workers so that he focused on opening more and more stalls,

which in turn give him more and more money. Over the years, he had

accumulated enough cash to open up new grocery store while at the same time buying more assets to grow his wealth. And his current wealth and

success is achieved without any loan or financial help from banks and

other financial institutions.



There you go. That is the story. While Ah Kau is set to become

financially free, you are back to where you have started before. Ground zero .



Before leaving, Ah Kau gives you a familiar quote, "Biasalah hidup.

Kadang kadang ok, kadang kadang tak ok."
He gives you a pat on the back

and walks away.



In reality, if you are observant enough, there are a lot of Ah Kaus out

there, that you will see everyday and every where you go. The names are

different, but inside them is every character of Ah Kau. They might be

Uncle Dorai, Ah Chong, Pak Abu, Makcik Senah, Pak Man nasi lemak or others.



They look to be struggling on the surface, but if you look carefully

and compare with your life, many of them are living with little or no

liabilities. They ride an old 'kapcai' bike. They live in an old rundown

house. They don't have credit card to swipe. They wear a 10-year old

shirt and short. No new, shiny Toyota Harrier. In short, their living

means are far below than yours. But what you don't realize is that many

of them can save more money than yours, and over the years generate

enough money to expand their business, or invest in properties. Their

asset columns are much thicker than that of yours.




So the next time you see Ah Kaus, never look down on them, and never

under estimate them. Or else you are up for a harsh reality lesson.

MOTIVASI SIPUT

Thursday, January 28, 2010 Posted by Azizah Aling

When someone tell u that you cannot do something


Look around...



Consider your options


The GO for it...



Use all the things Allah gives you...




Be creative...



In the end, you will succeed and proved them wrong...


Always remember, nothing is impossible if your heart is willing. Keep on praying. Allah always answer your wishes in HIS own way..






Berapa Ramai Suami Boleh Menjadi Imam?

Monday, January 25, 2010 Posted by Azizah Aling


Untuk Renungan Kita Bersama.


Berapa ramai suami yang boleh jadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, pastinya dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tidak boleh menjadi imam solat, apakah kita akan kata "ok" saja? Tapi akan ada yang menjawab: "Jangan diperbesarkan. Nanti mereka terasa hati."


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, di sebuah pejabat. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab semenjak dari kecil lagi dia tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibu di dapur.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup membujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.


Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat memasak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.


Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah hebat boleh mengimamkan satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak berkeyakinan menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal.


Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa kongkongan isteri. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki kan.. :)

Ciri-ciri sahabat

Monday, January 25, 2010 Posted by Azizah Aling

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya,
dia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan
dengannya, dia akan membalas dengan baik
persahabatanmu itu.


3. Jika engkau memerlukan pertolongan
daripadanya berupa wang dan sebagainya,
dia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu
kebaikan kepadanya, dia akan menerima
dengan baik.


5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan
(bantuan) daripadamu, dia akan menghargai
atau menyebut kebaikanmu.
(Tapi janganlah berharap untuk dipuji). 'uyun.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak
baik daripadamu, dia akan menutupnya dan berusaha
membetulkanmu agar kamu menjadi lebih baik.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, dia akan mengusahakannya bersungguh-sungguh.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu
hendak meminta), dia akan menanyakan
kesusahanmu.


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa
dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu
(membuat sesuatu untuk menghilangkan
kesusahan itu) walaupun perlu bersusah-payah.

10. Jika engkau berkata kepadanya,
nescaya dia akan membenarkanmu
selagi mana kamu tidak menderhakai Allah dan Rasul.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu,
nescaya dia akan membantumu dan rela berkorban.

12. Jika kamu berdua berselisih faham,
nescaya dia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan walaupun
egonya tergadai dan terletak di tahap terbawah. Kamu akan
kekal berada di dalam doanya dalam diam tanpa kamu ketahui.


Ya Allah, aku sangat ingin menjadi seorang "sahabat" seperti di atas.
Duhai sahabat, aku amat mengharapkan semoga persahabatan dan
persaudaraan sesama kita sentiasa
berkekalan dan kita dapat menguatkan lagi ukhuwah
Islamiyyah yang telah terjalin.

Perempuan yang disayangi

Monday, January 25, 2010 Posted by Azizah Aling



PEREMPUAN YANG DISAYANGI...

adalah pencinta tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan harap
yang menguasai perjalanan penghidupannya
dari waktu ke waktu
dari hari ke hari
sehingga perjalanan di antara jasad
dan nyawanya berakhir.

PEREMPUAN YANG DIRINDUI...

adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
terpancar sinar nur ilahi
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya
sentiasa membesarkan Allah.

PEREMPUAN YANG DICINTAI...

yang menutup auratnya
dari pandangan mata ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
disanjung tinggi
penduduk langit dan bumi.

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN..

adalah yang mendekatkan
hatinya yang telah jauh
di saat orang lain dilamar kebendaan.

PEREMPUAN YANG DIKASIHI...

yang bersyukur dengan apa yang ada
yang bersabar pada yang tiada
cinta pada hidup yang sederhana
yang tidak bermata benda....

Opening of the Legal Year 2010

Tuesday, January 19, 2010 Posted by Azizah Aling

The PICC - the eagle like structure was converted into a pseudo court room on the 16th of January 2010. We were all particularly honoured by the presence of the Right Honourable Chief Justice Dato' Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato' Paduka Haji Kifli of Brunei, the Right Honourable Chief Justice Robert J. Torres of Guam and Mr. Michael Hwang, President of Singapore Law Society. Lawyers from all over Malaysia including Sabah and Sarawak were also attending this auspicious event to give their support.


The purpose of having the Opening of Legal Year is to bring together members of the legal fraternity and those connected with it. Lawyers in the eyes of the lay person are always acting in opposition when they appeared in Court. The public inadvertently perceive that the Bar views the A-G's Chambers and the Judiciary as obstructions to their goal whilst the A-G's Chambers sees the Bar as a thorn in its flesh.


Like what our Chief Justice said, little do public know that in our honourable profession, lawyers standing in opposition to each other before a judge do not treat their opposition as enemies. Rather, they are just fulfilling their duties without emotional involvement. Although they argue against each other, they usually feel proud for having the opportunity to contribute towards justice. They are all in fact, part of THE COURT.



The Judiciary, the Bar and the Chambers must come together with one vision and one aim, and join hands to create a condusive working environment towards attaining justice. Consultation and discussion is very much needed to smoothen whatever hiccups that may appear from time to time in the pursuit for justice.



Our Right Honourable Chief Justice - Yang Amat Arif Tun Zaki bin Tun Azmi

Full quorum of the Federal Court Judges (1 - 11)


The A-G of Malaysia


A very brilliant keynote address by the former Chief Justice - Y. Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamed


We must always balance carefully the maxim "justice delayed is justice denied" with the maxim "justice hurried is justice buried".



HRH Sultan Azlan Shah J had stated that "Efforts must constantly be made to speed up the disposition of cases. Litigants have the legitimate expectations to not only a just resolution of their affairs but also an expedition resolution. It is the responsibility of lawyers, be they members of the Bar, or the legal and judicial service, to help meet this expectation of society."



The concept of justice is grounded on the basic principles of equality, fairness and rule of law. There is a maxim i.e. "justice should not only be done, but shoud manifestly and undoubtedly be seen to be done."



Integrity, justice, courage, temperance and prudence - These are virtues that constitute the moral character of a good professional, indeed that of a good man. Integrity is a fundamental requirement of justice. Without integritty there can be no rule of law. It is the responsibility of every lawyer not to only have integrity but to strenously ensure that the dishonest and corrupt do not have a place in the system of law and justice. An important consideration is the aptitude and ability to take on and perform the task at hand as professionals and with quality.



As Mahatma Ghandi has stated:- "THERE IS HIGHER COURT THAN COURTS OF JUSTICE AND THAT IS THE COURT OF CONSCIENCE. IT SUPERSEDES ALL OTHER COURTS AND TRUTH NEVER DAMAGE A CAUSE THAT IS JUST."


Colleagues..


With my former boss - Pengarah Mahkamah Negeri Perak.



Full attire in the open Court


A good friend of mine - Asfahani

Tuan Harmi - A very responsible and sensible senior officer




Puan Emelia - A very helpful senior officer



With Umar after the ceremony ended.

RENDRA - Ballads and Blues: Poems

Tuesday, January 19, 2010 Posted by Azizah Aling

Pernah mendengar tentang RENDRA? Aku antara pembaca yang mengikuti perkembangan karya Rendra. Ada aliran pemikian tertentu yang ingin dibawa beliau. Tetapi membaca karya beliau mesti disusuli dengan "penapisan" yang agak dalam juga. Kalau tergelincir, pandai-pandailah mencari jalan keluar sendiri. Karyanya hebat dan pemikirannya tajam. Mindanya kritis mengkritik sisi pentadbiran kerajaan Indonesia dalam bahasa tersendiri.


Rendra (Willibrordus Surendra Bawana Rendra), lahir di Solo, Jawa Tengah, 7 November 1935 –meninggal di Depok, Jawa Barat, 6 Agustus 2009 pada umur 73 tahun) adalah penyair ternama yang kerap dijuluki sebagai "Burung Merak". Beliau mendirikan Bengkel Teater di Yogyakarta pada tahun 1967. Ketika kelompok teaternya kucar-kacir kerana tekanan politik, dia kemudiannya mendirikan Bengkel Teater Rendra di Depok, pada bulan Oktober 1985. Semenjak masa kuliah lagi dia sudah aktif menulis cerpen dan esei di berbagai-bagai majalah.






Aku berkongsi minat yang sama dengan "Hakim" di pejabat. Buku di bawah ini dipinjamkan beliau kepada aku dua minggu yang lalu. Masih dalam proses menghadami karya Rendra. Indah sangat. Segar. Aku akan mencuba untuk menghabiskannya secepat mungkin agar aku dapat memperhalusi karya Shakespeare pula selepas ini.


Muka depan buku ini.





Tandatangan Rendra untuk Datuk. Buku ini dibeli pada tahun 1983 (aku baru berusia 2 tahun) dan di tahun 1993, Rendra melakukan lawatan ke Malaysia. Datuk berjaya mendapatkan tandatangan Rendra - 1993 - aku masih kecil dan belum mampu menghargai karya besar sebegini. Kini aku mengikutinya dengan segenap jiwa walaupun Rendra sudah tiada - agar aku dapat meluaskan skala pemikiran untuk aku menjadi hamba yang lebih tahu diri dan faham erti syukur.

E.P.I.S.O.D.E

Kami duduk berdua
Di bangku halaman rumahnya
Pohon jambu di halaman itu
Berbuah dengan lebatnya
Dan kami senang memandangnya.
Angin yang lewat
Memainkan daun yang berguguran
Tiba-tiba ia bertanya:
"Mengapa sebuah kancing bajumu
lepas terbuka?"
Aku hanya tertawa
Lalu ia sematkan dengan mesra
Sebuah peniti menutup bajuku.
Sementara itu
Aku bersihkan
Guguran bunga jambu
Yang mengotori rambutnya.


BURUNG TERBAKAR

Ada burung terbang dengan sayap terbakar

Dan terbang dengan dendam dan sakit hati

Gulita pada mata serta nafsu pada cakar

Mengalir arus pedih yang cuma berakhir di mati.

Wahai sayap terbakar dan gulita mata

Orang buangan tak bisa lunak oleh kata

Dengan sayap terbakar dan sakit hati tak terduga

si burung yang malang terbang di sini: di dada!!


Banayk lagi yang aku suka. Larut.. bahasanya indah sangat.
Buku sampingan yang diberi oleh Datuk. Sangat bermanfaat. Leka aku membaca dari satu muka ke muka yang lain. Kamu abaikan gambarnya ya!! :) Kandungannya sangat bagus.

Di sebalik Lempuk - Ada kasih terungkap

Thursday, January 14, 2010 Posted by Azizah Aling

Pernah makan lempuk durian tak? Kalau orang sebelah Pantai Timur rasanya sangat kenal dengan kuih tradisional ini. Ia sangat sedap dan sangat digemari oleh Azizah Aling. Wah.. Kalau apa-apa yang berkaitan dengan durian aku suka, sama ada buat pengat atau makan dengan pulut. Lagi sedap kalau durian yang baru gugur tu diletakkan ke dalam budu, campur ikan bakar sikit buat cicah petai. Wahhh... Memang sedap.



Aku bukan nak cerita tentang budu kali ini. Aku nak cerita tentak lempuk. Memandangkan aku sangat suka lempuk, mak mertua kakak atau emak kepada abang ipar tidak pernah lupa untuk kirimkan lempuk untuk aku saban tahun, sekurang-kurangnya setengah kilo. Keluarga abang ipar ada kebun durian di pinggir bukit di kampung. Jadi, bekalannya memang ada untuk anak cucu makan saban tahun. Aku pun sentiasa tumpang sekaki dan hubungan antara aku dan keluarga abang ipar sangat rapat.


Aku tak anggap mereka sebagai orang asing. Memang terasa seperti keluarga sendiri. Apatah lagi ayah mertua kakak seorang yang wara', Imam di kampung dan sangat lama menuntut dan berguru di sekolah pondok. Jadi ilmunya sangat dalam dan sentiasa menjadikan aku sangat leka bila mendengar nasihat dan ilmu yang keluar dari mulut beliau terutamanya bila dia bercerita tentang kandungan daripada kitab-kitab lama. Orangnya sangat sederhana tapi sangat menghormati kami anak-anak yang masih muda. Sejujurnya, aku akui bahawa aku sangat suka berdampingan dengan orang tua yang kaya ilmu. Baik ilmu agama atau ilmu tentang hidup.



Minggu lepas, keluarga abang ipar datang menziarahi anak cucu yang ada di Kuala Lumpur dan sekitar Negeri sembilan. Aku yang berada di tengah-tengah di antara kedua-dua tempat tersebut tidak melepaskan peluang untuk ikut serta. Walaupun kerja sangat banyak dan jadual agak padat, aku cuba juga mencari ruang untuk menghadap mereka seperti kebiasaan dan mempersilakan mereka bertandang ke rumah aku yang tidak seberapa. Ramai sangat. Lebih 20 orang. Seronok. Bila hendak memasak, kuantitinya mesti banyak. Seronok. Seperti kenduri. Bila bersolat, masing-masing ikut bersolat. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yang Maha Kaya yang melimpahkan rasa kasih sayang di hati kami untuk saling memberi teduh dan mengasihi antara satu sama lain.


Seperti biasa, bahagian buah tangan untuk aku adalah lempuk. Aku seronok tidak terkira. Aku bukan hanya sekadar melihat lempuk sebagai kuih tradisional yang aku gemari. Tapi aku memandang ia sebagai tanda kasih sayang yang mengalir ikhlas dari hati seorang orang tua yang bersusah payah menyediakan kuih tersebut dengan segenap tenaga. Tak apa untuk bersusah dan lelah barang seketika asalkan nanti anak-anaknya dapat makan. Bila direnung, aku sentiasa sebak.


Membuat lempuk tidak mudah. Isi durian perlu dipisahkan dari bijinya terlebih dahulu. Kemudian, setelah dicampur dengan gula dan garam, ia dikacau di atas kuali dengan api perlahan agar tidak hangit. Proses mengacau di atas kuali tidak boleh berhenti agar isinya masak sekata dan menjadi likat. Cara membuat lempuk lebih kurang sama dengan cara membuat dodol. Berjam-jam berdiri di tepi kuali mengacau tanpa henti. Tekniknya juga kena betul agar tangan tidak lenguh dan badan tidak sakit.


Aku sentiasa terharu setiap kali aku menerima makanan yang rumit untuk disediakan ni. Terasa besarnya kasih sayang yang mengalir di sebalik lempuk yang dibawa. Sayu dan sebak pasti menjengah untuk seketika. Perkara yang sama aku sentiasa fikir apabila menerima kiriman barang-barang daripada ibu aku sendiri sejak di asrama sekolah dulu lagi. Sebutlah apa sahaja yang aku mahu. Insya Allah akan dipenuhi. Lebih-lebih lagi hasrat itu datang daripada anak yang berada jauh di mata dan hanya bertemu di waktu-waktu tertentu sahaja. Kasihnya tulus, ikhlas dari hati dan pastinya akan jatuh ke hati juga. Aku tulis entri ini dengan air mata bergenang. Sebak. Aku rindukan orang tua di kampung. Dan aku rindukan kampung halaman.





Ini antara kuih yang aku suka. Jala Mas. Manis. Tapi sedap. Kalau ke Pasar Siti Khadijah, Insya Allah ada ni. Selalu ada dengan kuih Bunga Tanjung. SUKA..





ANECDOTE 3

Thursday, January 14, 2010 Posted by Azizah Aling









KETIKA CINTA BERTASBIH

NADI KU BERDENYUT MERDU

KEMBANG KEMPIS DADAKU

MERANGKAI BUTIR CINTA

GARIS TANGAN TERGAMBAR

TAK BISA AKU MENENTANG

SUJUD SYUKUR PADA-MU

ATAS SEGALA CINTA








Anecdote 2

Wednesday, January 13, 2010 Posted by Azizah Aling

1. Januari sangat padat dengan pelbagai perkara rasmi. Kadang-kadang rasa mahu belah diri jadi 10 orang Azizah supaya semua perkara yang hendak dibuat tu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Aku tidak mencari kesempurnaan. Tapi aku rasa kalau dah buat kerja, aku puas hati kalau apa yang dibuat itu menjadi sempurna. Memudahkan orang lain memanfaatkannya.


2. Semalam antara hari yang awal aku pulang ke rumah. Awal pun dah melepasi jam 6. Rancangan awal mahu balik jam 5.00 petang TEPAT. Tapi, semasa sedang solat asar dalam bilik, telefon berdering-dering minta dijawab. Lepas tu dapat pesanan bahawa boss hendak jumpa. Jumpa boss, dapat tugasan tambahan. Perkara yang sangat penting rupanya. Aku garu kepala. Macam mana nak ringkaskan perkara yang berjela-jela ni dengan mudah.. hmmmm... sambil memandu balik ke rumah (walaupun jaraknya 1.5 km sahaja.. he he he) aku diam memikirkan.. Otak aku kosong. Letih sangat.


3. Usai solat maghrib, pintu rumah diketuk berkali-kali. Aku dengar suara anak-anak kecil kat luar. Pintu dibuka. Comelnya anak-anak dengan senyum mengekek masing-masing. mereka tanya, "auntie, bila nak mula ngaji? Sekolah dah buka ni." aduhai..... aku senyum sendiri. Rasa bersalah besar sekali dalam hati. Aku sebak tapi sebak itu aku lindungi.


4. Aku jawab, " nanti bila auntie dah lega, kita mula macam biasa. Sekarang ni auntie tak lapang lagi. Nanti auntie beritahu bila kita nak mula kembali. Tapi, kalau auntie tak ada pun, ada ustaz lain yang mengajar di surau. Sama je.." anak-anak kemudiannya menyusun kaki ke surau. Aku menangis puas-puas malam tadi. Tertidur di sofa dengan hati yang hiba.


5. Beg dokumen yang aku bawa balik tak dibuka. Hmm... aku hanya buka fail penting yang diberi boss sahaja untuk tindakan segera. Perkara besar.. Selebihnya aku bawa kembali ke pejabat. Itu pun aku mula menulis untuk perkara tersebut jam 5.00 am. Tak ada mood untuk membaca satu persatu kerana hati dan minda aku terganggu.


6. Aku takut sangat aku telah menjadi orang yang zalim untuk anak-anak ni.. Ilmu yang sedikit sangat perlu untuk dikongsikan. Kalau teman-teman baca ni, doakanlah agar aku tetap di jalan DIA membantu ummat mencari keredhaan. Doakan aku banyak-banyak agar aku tidak terlalu terikat dengan urusan dunia. Memang kerja itu ibadah. Tapi kerja-kerja sosial juga aku kena laksanakan. Ini taklif....


7. Hari ni aku kembali ke pejabat dengan lebih bersemangat. Ada jalan keluar yang sangat memuaskan hati. Alhamdulillah. Allah sentiasa mendengar rintihan hamba di sepertiga malam. Terima kasih ya Allah..

MEMAKNAKAN KASIH SAYANG

Sunday, January 10, 2010 Posted by Azizah Aling




Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah. Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang.


Demikan kata pendita. Benar, cinta yang lama (setelah usia perkahwinan meningkat) hanya akan bergetar semula bila berpisah. Perpisahan yang sekali-sekala akan menyuburkan percintaan. Tetapi jangan terlalu lama, justeru jika terlalu lama ia mengundang bahaya kerana ia boleh mengundang fitnah dan mampu menghakis setia. Jika sayangkan anak tangan-tangankan, mungkin sayangkan isteri perlu ditinggal-tinggalkan. Dan dalam kehidupan pejuang agama dahulu, kini dan akan datang, perpisahan memang sudah menjadi “mainan”.



Walaupun, mungkin ada yang melihat perpisahan dikalangan suami isteri yang berkahwin itu sesuatu yang memedihkan, tetapi ia sebenarnya baik untuk menyuburkan rasa cinta. Maksud aku bukan berpisah kerana bercerai tetapi berpisah kerana berjauhan oleh sesuatu urusan atau tugasan. Jangan terus-terusan “berkepit” di rumah. Manusia tidak boleh lari daripada rasa jemu. Oleh itu para suami harus keluar dalam tempoh tertentu dan pada pada waktu-waktu tertentu tanpa rasa berat hati, enggan atau malas. Lebih-lebih lagi atas tujuan dakwah, kebajikan dan membuat kebaikan. Bukankah itu hak Allah atas kita?


Janganlah hendaknya kerana terlalu cintakan isteri, kalian mengabaikan cinta Allah. Sayyidina Abu Bakar As-Sidiq pernah mengarahkan anak lelakinya menceraikan isteri yang baru dikahwininya apabila didapati anak lelakinya itu sudah jarang keluar solat berjemaah di masjid sejak berkahwin. Sudah menjadi tradisi para sahabat Rasulullah SAW dan baginda sendiri, keluar daripada kota Madinah sama ada untuk berperang atau berdakwah. Dan tentu sahaja ia memaksa mereka sering berpisah dengan isteri mereka. Percayalah, kadang-kadang Allah hilangkan seketika mentari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita meratap di mana serinya mentari… rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan kita pelangi yang indah.



Oh, itu rupanya hikmah berpisah. Cinta akan menjadi lebih indah! Kalau dahulu, dengan bermusafir ertinya terjadilah perpisahan secara total, kerana pada masa itu tidak ada lagi alat-alat komunikasi seperti hari ini. Sekarang keadaan sudah berbeza. Sudah banyak alat untuk berhubung walaupun berjauhan lama atau seketika. Jadi, apa salahnya semua alat itu dimanfaatkan untuk “meredakan” rasa rindu yang pasti melanda dengan syarat, perhubungan itu tidak merosakkan atau mengganggu tugasan dan tanggungjawab semasa di perantauan. Malah kadangkala tempoh berjauhan seperti itu, iaitu semasa hati dan emosi sangat lembut sekali, adalah ketika yang paling sesuai dimanfaatkan untuk mendidik isteri (selain anak-anak).



Berbicara dari jauh kekadang lebih mendekatkan. Benar sekali kata pepatah, “jauh-jauh berbau bunga.” Ingat, cinta kadangkala menjadi lebih subur di kejauhan berbanding berdekatan. Di kejauhan kadang-kadang kebaikan, kejelitaan dan kesetiaan isteri akan lebih terasa. Bukankah terlalu dekat ada kalanya menjadikan manusia buta? Ramai suami yang asyik memarahi isterinya bila bersama, tetapi apabila isterinya itu meninggal dunia, maka dialah yang paling banyak meratap, menangis sayu kerana rindu dan cintakannya. Apa yang ada sering dilupakan, apa yang tiada sering didamkan. Itulah ungkapan untuk membayangkan sifat manusia ketika berdepan dengan nikmat jasmani dan itulah juga sifatnya bila berdepan dengan nikmat rohani termasuk soal cinta.


Jadi, bila berjauhan ertinya manusia “hilang” seketika akan dirinya, maka sudah tentulah ini akan menyerlahkan semula cinta yang selama ini terpendam. Oh, rupanya cinta itu masih ada, malah masih membara dan menyala. Kalau ada yang bertanya, mengapa ketika berjauhan bukan dia yang dikenang? Sudah hampir sepurnama bermusafir, tetapi wajah isteri yang ditinggalkan tidak juga muncul-muncul dalam ingatan, doa dan kerinduan. Oh, itu petanda kurang baik.
Mungkin cinta itu bukan terpendam, tetapi sudah terpadam. Jika ada cinta, pasti ada rindu. Jika ada rindu pasti ada keinginan – ingin bertemu, berbual, bermesra dan sebagainya. Tetapi jika semua itu sudah tidak ada, mungkin cinta itu sudah tidak ada!


Untuk anda saudaraku, mari seketika aku ajak kembara bersama sepucuk surat cinta ini…


Ke ribaan isteriku yang tersayang…


Sayang, aku tenang di sini kerana kuyakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta. Sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu. Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah.


Dan dengan cinta itu nanti semoga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci. Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.


Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu. Ya Allah…Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya dengan Kau suburkan selalu di hatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.


“Ya Rahim… Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar di tangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”


“Ya Rahman…Maniskanlah akhlaknya semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”


“Ya Rabbi…Lembutkan hatinya agar mudah dia mengadu kepada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”


Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begitu, pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah pun masih bertemu. Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata.


Jangan kita bergantung dengan selain-Nya. Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua.
Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.


Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid. Bergantunglah kepada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI.


Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang. Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati. Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!


Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, Alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya. Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”

Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.


Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya. Sayangku, jangan dipinta diringankan ujian, tetapi pintalah dibesarkan iman untuk menghadapi ujian itu!


* Catatan ini dikirimkan oleh seorang teman melalui email beberapa ketika dahulu. Aku ingin kongsikan di sini dengan kamu semua. Semoga ada manfaatnya. Selamat memaknakan kasih sayang dalam keredhaan Tuhan.