Anecdote 2

Wednesday, January 13, 2010 Posted by Azizah Aling

1. Januari sangat padat dengan pelbagai perkara rasmi. Kadang-kadang rasa mahu belah diri jadi 10 orang Azizah supaya semua perkara yang hendak dibuat tu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Aku tidak mencari kesempurnaan. Tapi aku rasa kalau dah buat kerja, aku puas hati kalau apa yang dibuat itu menjadi sempurna. Memudahkan orang lain memanfaatkannya.


2. Semalam antara hari yang awal aku pulang ke rumah. Awal pun dah melepasi jam 6. Rancangan awal mahu balik jam 5.00 petang TEPAT. Tapi, semasa sedang solat asar dalam bilik, telefon berdering-dering minta dijawab. Lepas tu dapat pesanan bahawa boss hendak jumpa. Jumpa boss, dapat tugasan tambahan. Perkara yang sangat penting rupanya. Aku garu kepala. Macam mana nak ringkaskan perkara yang berjela-jela ni dengan mudah.. hmmmm... sambil memandu balik ke rumah (walaupun jaraknya 1.5 km sahaja.. he he he) aku diam memikirkan.. Otak aku kosong. Letih sangat.


3. Usai solat maghrib, pintu rumah diketuk berkali-kali. Aku dengar suara anak-anak kecil kat luar. Pintu dibuka. Comelnya anak-anak dengan senyum mengekek masing-masing. mereka tanya, "auntie, bila nak mula ngaji? Sekolah dah buka ni." aduhai..... aku senyum sendiri. Rasa bersalah besar sekali dalam hati. Aku sebak tapi sebak itu aku lindungi.


4. Aku jawab, " nanti bila auntie dah lega, kita mula macam biasa. Sekarang ni auntie tak lapang lagi. Nanti auntie beritahu bila kita nak mula kembali. Tapi, kalau auntie tak ada pun, ada ustaz lain yang mengajar di surau. Sama je.." anak-anak kemudiannya menyusun kaki ke surau. Aku menangis puas-puas malam tadi. Tertidur di sofa dengan hati yang hiba.


5. Beg dokumen yang aku bawa balik tak dibuka. Hmm... aku hanya buka fail penting yang diberi boss sahaja untuk tindakan segera. Perkara besar.. Selebihnya aku bawa kembali ke pejabat. Itu pun aku mula menulis untuk perkara tersebut jam 5.00 am. Tak ada mood untuk membaca satu persatu kerana hati dan minda aku terganggu.


6. Aku takut sangat aku telah menjadi orang yang zalim untuk anak-anak ni.. Ilmu yang sedikit sangat perlu untuk dikongsikan. Kalau teman-teman baca ni, doakanlah agar aku tetap di jalan DIA membantu ummat mencari keredhaan. Doakan aku banyak-banyak agar aku tidak terlalu terikat dengan urusan dunia. Memang kerja itu ibadah. Tapi kerja-kerja sosial juga aku kena laksanakan. Ini taklif....


7. Hari ni aku kembali ke pejabat dengan lebih bersemangat. Ada jalan keluar yang sangat memuaskan hati. Alhamdulillah. Allah sentiasa mendengar rintihan hamba di sepertiga malam. Terima kasih ya Allah..

0 comments:

Post a Comment