Berapa Ramai Suami Boleh Menjadi Imam?
Untuk Renungan Kita Bersama.
Berapa ramai suami yang boleh jadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, pastinya dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tidak boleh menjadi imam solat, apakah kita akan kata "ok" saja? Tapi akan ada yang menjawab: "Jangan diperbesarkan. Nanti mereka terasa hati."
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, di sebuah pejabat. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab semenjak dari kecil lagi dia tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibu di dapur.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup membujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat memasak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah hebat boleh mengimamkan satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak berkeyakinan menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa kongkongan isteri. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki kan.. :)
6 comments:
Betul. Setuju. Ramai lelaki meremehkan soal menjadi imam kepada keluarga. Tapi kalu soal berkuasa penuh atas keluarga, mereka sangat jaga, sangat penting buat mereka...
alhamdulilah..combi dah wajibkan pada anak-anak combi utk mencari calon isteri/suami mesti yg tahu agama dan bole jadi imam dlm solat dan imam dlm rumah tangga.( amboii garangnyer combi..!)
setakat ni anak bujang combi mmg selalu menjadi imam solat kalau abah dia out station.insyaALLAH combi berdoa dia mendapat seorg isteri yg cantik paras rupa dari keluarga yg ada agama.
anak dara combi sehingga skrg belum ada calon pun yg dia berani kenalkan pada combi..ermmm dia tahu mak dia sgt cerewet.
*parents biasa bimbang anak dara dorang tak kawin atau ada bf bila dah tiba masa.bagi combi biar takde dari ada kerana redha ALLAH adalah segalanyer.betul tak?
Mak Combi, alhamdulillah. Setinggi-tinggi pujian dan syukur pada Allah SWT andai itu didikan yang terzahir daripada ibu. Baguslah, itu yang kita cari. Ibu saya pun sudah bising, bila saya mahu mendirikan rumahtangga. Jawapannya sukar kerana saya belum menemukan "Imam" yang benar-benar memberikan saya keyakinan untuk berkongsi hidup. Saya akan terus memanjatkan doa memohon kepada DIA.
Kak Azie: Dunia sudah hampir kiamat. Inilah natijahnya. Semoga Allah memelihara kita sebaik-baiknya.
as-salamm..pertama lkali komen (dah lama tengok saja JUAL mahal)..
niat berubah, antara kehidupan dan kelahiran asal usul yang tak sama.
dilahirkan tak perfect, tak sempurna asalkan ada niat nak belajar jadi IMAN....
yang penting ada minat nak berubah belajar sikit2..ta jadi iman jadi bilal pun ok gak..
tinggi sangat cita2 harapan akan melunturkan cita2..cian sang suami..bersama-sama tidak terlampau mengharapkan yang tak boleh/daya tunaikan..
zeqzeq: jual mahal ya.. :) Ini blog yang sangat tidak seberapa. Terima kasih kerana sudi ziarah. Saya sekadar meluahkan apa yang menyesak di dada. Memang kita semua tak sempurna. Cuma saya sekadar mengharapkan yang baik-baik dalam kehidupan kita. Saya sentiasa percaya bahawa dalam usaha mendapatkan yang terbaik, kita mesti banyakkan usaha juga untuk menjadi yang terbaik. Pohon doa ya.
Post a Comment