Kisah seorang profesor dan pendayung sampan

Thursday, January 28, 2010 Posted by Azizah Aling




Suatu hari, seorang Profesor yang
sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung
sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Profesor memang mencari
pendayung sampan yang pendiam agar
tidak banyak bertanya ketika dia
sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Profesor itu
membuat kajian. Diambilnya sedikit air
laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang. Selepas itu dia
menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-
jam lamanya Profesor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung
sampan itu mendongak ke langit.

Berdasarkan pengalamannya dia berkata
di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik
ke darat"
kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula
memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu
barulah Profesor itu menegur
pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung
sampan?"
Tanya Profesor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab
pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Profesor
itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara
lain selain dari mendayung sampan?"

Tanya Profesor itu.

Pendayung sampan itu hanya
menggelengkan kepalanya. Masih tidak
berpuas hati, Profesor itu bertanya
lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan
kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan
25 peratus dari usia kamu."


Kata Profesor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan
kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50
peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Profesor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu
hanya menggelengkan kepala. "Kalau
begini, kasihan, kamu sudah kehilangan
75 peratus dari usia kamu. Malang
sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.
Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai
pendayung sampan."
Kata Profesor itu
dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam
diri. Selang beberapa minit kemudian,
tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu
dilambung ombak besar dan terbalik.
Profesor dan pendayung sampan
terpelanting.

Sempat pula pendayung sampan itu
bertanya kepada profesor, "Kamu tahu berenang?"
Profesor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu sudah kehilangan
100 peratus nyawa kamu."
Kata
pendayung sampan itu sambil berenang
menuju ke pantai.

Sayangku..

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum
tentu boleh menjamin kehidupan. Tak
guna kita pandai dan tahu banyak
perkara jika tidak tahu perkara-perkara
penting dalam hidup. Adakalanya orang
yang kita sangka bodoh itu rupanya
lebih berjaya daripada kita.

Dia mungkin bodoh dalam bidang yang
tidak ada kena mengena dengan
kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam
bidang yang diceburi. Hidup ini
singkat. Jadi, tanyalah pada diri
sendiri, untuk apakah ilmu yang
dikumpulkan jika bukan untuk digunakan
dan boleh digunakan serta dimanfaatkan?


"KHAIRUNNAS ANFA 'UHUM LINNAS"

(Sebaik-baik manusia ialah mereka yang boleh

memberikan manfaat kepada orang lain)

2 comments:

echah_syed said...

dulu org cakap..kalau byk uban dikepala mesti banyak pengalaman.tapi skrg rambut bole diwarna so tak bole percaya dah ekk :)

Azizah Aling said...

He he he.. tapi hati-hati dengan pewarna rambut, walaupun produknya halal, apakah sah mandi wajib? He he..

Post a Comment