Ciri-ciri sahabat

Monday, January 25, 2010 Posted by Azizah Aling

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya,
dia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan
dengannya, dia akan membalas dengan baik
persahabatanmu itu.


3. Jika engkau memerlukan pertolongan
daripadanya berupa wang dan sebagainya,
dia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu
kebaikan kepadanya, dia akan menerima
dengan baik.


5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan
(bantuan) daripadamu, dia akan menghargai
atau menyebut kebaikanmu.
(Tapi janganlah berharap untuk dipuji). 'uyun.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak
baik daripadamu, dia akan menutupnya dan berusaha
membetulkanmu agar kamu menjadi lebih baik.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, dia akan mengusahakannya bersungguh-sungguh.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu
hendak meminta), dia akan menanyakan
kesusahanmu.


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa
dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu
(membuat sesuatu untuk menghilangkan
kesusahan itu) walaupun perlu bersusah-payah.

10. Jika engkau berkata kepadanya,
nescaya dia akan membenarkanmu
selagi mana kamu tidak menderhakai Allah dan Rasul.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu,
nescaya dia akan membantumu dan rela berkorban.

12. Jika kamu berdua berselisih faham,
nescaya dia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan walaupun
egonya tergadai dan terletak di tahap terbawah. Kamu akan
kekal berada di dalam doanya dalam diam tanpa kamu ketahui.


Ya Allah, aku sangat ingin menjadi seorang "sahabat" seperti di atas.
Duhai sahabat, aku amat mengharapkan semoga persahabatan dan
persaudaraan sesama kita sentiasa
berkekalan dan kita dapat menguatkan lagi ukhuwah
Islamiyyah yang telah terjalin.

0 comments:

Post a Comment