Kenapa kerjaya ini kupilih?

Saturday, July 03, 2010 Posted by Azizah Aling

Ramai yang bertanyakanku mengapa kerjaya di bidang perundangan ini yang dipilih untuk mencari rezeki buat keluarga tercinta. Apakah untuk tujuan kuasa, pangkat, kedudukan, nama, kekayaan, kemasyhuran dan untuk dipuji puja? Jawapan aku mudah sahaja. Tiada satu pun yang disebutkan di atas menjadi sebab mengapa aku memilih kerjaya ini. Semuanya berlaku atas aturan dan ketetapan Allah selepas aku selesai menunaikan istikharah memohon petunjuk sejak dari dulu sehingga kini, tidak pernah berhenti.


Tujuanku cuma satu iaitu untuk menjadikan landasan ini sebagai medan beribadah dan untuk meletakkan keadilan di mana selayaknya. Inilah tekad yang tersemat dan beralun di dalam doa pada langkahan kaki yang diatur dari rumah ke pejabat setiap pagi, jauh mendasar ke hati. Dakwah harus tersebar bukan hanya di masjid-masjid, surau-surau dan di dewan kuliah. Ia mesti berlaku di mana-mana dan tugas seorang dai'e tidak boleh berhenti selagi nyawa masih bersatu dengan jasad.


Ada yang bertanya, tidak sibukkah kerjaya di lapangan ini? Jujur aku katakan, kesibukan itu ada di mana-mana. Hatta jika kita bekerja sebagai suri rumahtangga sepenuh masa sekalipun, istilah sibuk dan tidak cukup masa pasti melingkari dan membebani diri. Bagi aku, aku sangat bersyukur kepada Allah Yang Satu. Benar, kerjanya banyak. Tetapi aku masih mampu pulang ke rumah seawal jam 5.00 petang untuk mengisi waktu dengan keluarga atau untuk diri sendiri, untuk masyarakat dan untuk umat keseluruhannya. Memang ada kalanya kita perlu pulang lewat, tetapi selalu dipastikan aku tidak akan menjadikan ia sebagai satu amalan. Jika belum selesai juga, akan dibawa pulang ke rumah untuk dilunaskan di awal pagi tatkala minda tersangat segar untuk membuat keputusan dan pertimbangan. Apapun, aku bahagia berada di dalamnya.


Ada yang mengeluh mengatakan kerjaya di bidang ini terlalu terdedah dengan pelbagai rencam ragam manusia yang suka "menyuap". Bagi aku, tepuk dada, tanya iman dan akal waras. Apakah kita mahu menghumbankan diri sendiri ke dalam neraka jahannam? Tentu sekali tidak kan. Pilihan di tangan sendiri. Pilihlah kerjaya apa pun, jika kita sedar akan taklif dan tugas hakiki sebagai KHALIFAH, Insya Allah kita tidak akan tersasar jauh. Apa yang penting, keikhlasan membenih kukuh di hati dan peliharalah akhlak dan maruah diri. Ujian pasti bertamu tatkala diri berada di puncak. Jangan cepat melatah. Alirkan rasa gundah di tikar sejadah memohon petunjuk Allah. Selangkah kaki kita mendekat dengan DIA, seribu langkah Allah datang memeluk dan melimpahkan rahmat untuk kita. Yakinlah.. Allah terlalu hampir dengan kita, penuh rahmat dan kasih sayang.


Alhamdulillah, aku bahagia menjadi sebahagian penghuni di Istana ini. Wajah-wajah di bawah ini senantiasa meredakan kelelahan aku dan menghadirkan kebahagiaan buatku. Terima kasih semuanya atas bantuan dan sokongan. Azizah Aling sangat sayangkan kamu semua. Nama kalian ada dalam doaku saban waktu. Tanpa jemu.


Wajah alam yang pasti dirakamkan di setiap pagi dari bilik tidur. I am a morning person.

"ANAK" saya di pejabat, menggantikan Zhafran.





Kacau aktiviti Auntie Bijah pagi-pagi :)



Nadia yang sangat nakal tetapi sangat comel dan baik hati.




Sayang kamu!
(Persidangan bulanan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman)




Siapa Aku? Seorang yang sangat sederhana dan sangat pemalu dalam keadaan tertentu.
Tetapi aku seorang yang sangat berdikari. He he..


Sangat sayangkan kamu berdua sampai hujung nyawa.
Mahu bersahabat dengan kalian sehingga di syurga.











"Guru" dan sahabat yang tidak pernah lokek ilmu -
kaya pengalaman dan kaya penyelesaian.






Inilah "boss" kami. Sporting dan baik hati.


Puan yang akan terbang ke Brisbane, Australia
bagi menyambung pengajian di peringkat Masters.
Bittaufiq wan najah fil hayah.

Inilah mentor yang sangat aku sayangi dan hormati.
Dia banyak mengajar aku mengenai selok belok amanah di sini.
Terima kasih puan. Jasamu akan kukenang sampai ke hujung hayat.

5 comments:

azieazah said...

Tahniah buat mu dinda AZIZAH. Sungguh tabik dengan kerjaya anda, juga dengan kekuatan jiwa yang ada. Teruskan mencintai kerjaya sendiri dan enjoylah kehidupan.

Sibuk mana pun, semua orang pun sibuk tak kira apa pun yg dilakukan.

Semoga terus suksess. Kalu ada masa, nanti kita berpuisi bersama ya...

Cetusan said...

anak mama anak abah yang jujur.amanah dlm kerja.
jarang jumpa insan sebegini.
jihad banyk cara..tak semesti berdarah, menolak wang juga jihad.
tak semesti keluar negara berjuang untuk Islam. dalam hutan Malaysia belum habis, hutan batu hutan kayu atau hijau maupun ber"lumpurlendir'

Azizah Aling said...

Kak Azie: Terima kasih atas sokongan dan dokongan. Nanti kita mesti berpuisi bersama-sama. Majlis Baca Puisi bertemakan Malam Tangisan Gaza yang lalu menyebabkan saya sebak. Air mata saya gugur membasahi pipi.

Mr. Zeqzeq: Doakan saya agar saya kuat mendepani taklif ini. Saya tidak mahu hanyut dalam indahnya dunia yang sementara.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azizah - Tak kisah walau apa pun kerja kita, bila ia dilakukan dengan ikhlas dan jujur, tentunya ia membawa kepuasan tersendiri kepada diri kita. You are standing at the right place, the place that u are suppose to be. Teruslah menegakkan keadilan.

Azizah Aling said...

Terima kasih Vic. Pohon doa yang berterusan ya. Adakala ia sukar, adakala ia membahagiakan. Tetapi, saya suka berada dalam arena ini yang banyak mendidik kematangan saya.

Post a Comment