Pesona Maaf
Ada masanya hati manusia terlalu sukar untuk memaafkan. Tetapi, jangan terus takbur dan kedekut untuk memaafkan. Apa untungnya jika mahu disimpan rasa ego dan dendam terus kekal bersarang di hati. Kelak, diri sendiri yang menanggung bebanan dan syaitan bakal mengambil tempat untuk menjadi penghasut tidak bergaji.
Maka, ayuh saling memaafkan. Andai ada kekhilafan, serahkan segalanya kepada Tuhan. Dia punya jawapan yang sangat mahal untuk manusia bergelar hamba menghadami. Pelihara hati agar tidak selalu terluka dengan pernyataan sendiri. Insya Allah, di hujung jalan nanti ada pesona keindahan hidup yang tersendiri yang bakal dianugerahkan Illahi.
Paling penting, jika sekalipun kita dizalimi, tadahkan tangan panjatkan doa kepada Tuhan. Kita bukan siapa-siapa untuk membalas segala kezaliman dan kejahatan manusia kerana kita juga bukan manusia sempurna. Ayuh saling memaafkan, moga-moga di hujung jalan nanti ada cahaya menanti buat semua umat buat bekal perjalanan di dunia yang sudah hampir menjejaki garis akhir.
6 comments:
aaaminnnnnnnnn..baiknya dan jernih hati
Memaafkan sesiapa saja akan buat kita berasa tenang dan boleh tidor lena... betul.
memaafkan itu mendamaikan jiwa. dendam itu sesakkan dada...:-)
Zeqzeq: Saya hamba yang terlalu banyak kekurangan. Hamba yang banyak dosa. Malu untuk menghadap Tuhan dan diperhitungkan amal di alam akhirat nanti. Ayuh sama-sama berusaha untuk menjadi baik.
Kak Azie: Benar sekali. Tenang itu tidak boleh dijual beli.
Pooh: Damai yang tidak sedikit. Damai yang terlalu aman menakluki hati dan jiwa hamba Tuhan.
Sangat berharap dapat maafkan semua orang dengan seikhlas hati
Insya Allah Vic - Saya mendoakan yang terbaik untuk Vic. Pasti boleh. Niat yang baik selalunya Allah akan mudahkan jalannya. Masa itu pasti tiba.
Post a Comment