GATHERING BLOGGERS

Monday, December 28, 2009 Posted by Azizah Aling

Juadahnya sangat banyak dan enak. Apa yang aku bebel sorang-sorang ni?




Whose bag is this?




Sebahagian yang hadir.



Ketupat.. :)



Tuan Tanah.. he he..



Suri dan permata hati Tuan Tanah... Sporting banget!!



Adam..



Another half..



Membaca blog Encik Mazidul seperti rutin kebiasaan telah menggerakkan hati aku dan Cik Ketupat untuk sama-sama ke FRIM. Sebenarnya, agenda asal bukanlah nak sangat ke gathering, tetapi kami teringin mengambil angin di luar dan melegakan ketegangan minda yang sarat dan tepu dengan pelbagai perkara di pejabat.




Tiada banner, tiada bunting, tiada penunjuk arah. Tapi Allah sebaik-baik penunjuk arah. Kami tiba di kawasan tempat letak kereta dan berjalan kaki mencari air terjun. Tidak bertanyakan sesiapa dan nasib menyebelahi kami apabila percubaan pertama berhasil apabila kami berjaya menemui kelompok bloggers yang dianjurkan Encik Mazidul. Wah.. maksudnya Allah ingin kami semua berjumpa dan berkumpul. Itu hikmahnya.




Perjumpaan yang bagus dan banyak perkara diperdebatkan. Seperti biasa, rutin aku untuk menjadi pendengar terus bersambung di FRIM ini. Tempatnya aman, dilitupi pepohon yang merimbun hijau, membangkitkan aura kesegaran yang agak luar biasa. Kalau memang dah kerjanya ditetapkan untuk menjadi pendengar tu, teruslah menjadi pendengar. Aku bahagia dapat mencedok pengalaman orang lain untuk dijadikan panduan agar tidak sesat di laluan kehidupan di masa akan datang.




Benar seperti kata Baginda Rasul SAW, perbezaan itu satu rahmat. Kita menyantuni dan menghormati kepelbagaian yang ada. Tanpa pernah mengenali antara satu sama lain, kita tetap mampu berukhuwwah seolah-olah kita semua sudah kenal lama. Selagi perjalanan ukhuwwahnya dibataskan dengan syarak, tidak salah untuk kita menyambung silaturrahim. Berkongsi idea. Bertukar-tukar pendapat. Mencari yang terbaik untuk anak bangsa. Menegakkan yang hak. Menghapuskan yang batil. Moga ianya ada manfaat dalam kecilnya.




Buat Encik Mazidul, terima kasih kerana memurnikan acara dengan penuh santai dan perkongsian pengalamannya sangat menggembirakan. Ia memberikan kami dimensi berbeza untuk berfikir dan menaakul. Semoga perjumpaan ini akan bersambung untuk sesi akan datang dan semoga Allah mengizinkan hamba untuk turut serta, walaupun kekangan masa sangat menjerut. Buat yang hadir, kamu semua sangat mantap!! Buat Kak Lin, akak sangat sporting. Teruslah menjadi pendokong paling setia buat suami ya.. Nanti saya akan tulis satu entri khusus untuk akak bila masa mengizinkan. Selamat berukhuwwah buat semua.

4 comments:

kakcikseroja said...

Salam Azizah (boleh kakcik panggil begitu?)

Seperti kata salah seorang blogger di dalam blognya..'perbezaan pendapat bukanlah perpecahan'. Kita berkumpul bersama dalam suasana santai bagi pengembangan minda yang tak mungkin dapat dinilaikan harganya. Semoga ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan.

Nor Azizah Aling said...

Boleh Kakcik. Sangat dialu-alukan. Apa yang kita lalui dalam masa yang singkat itu mahal harganya kak. Tak dapat dijual beli. Kita berkongsi tanpa mengira darjat dan kedudukan, memanfaatkan kelebihan dan menambahkan yang kurang. Bukan senang anak-anak muda hendak duduk dan mendengar nasihat daripada orang yang lebih senior macam Kakcik.

sue surah said...

salam jah, aku rasa macey kenal je mek tudung pink baju maroon tu ;) hi hi. aku toktau mu pun ado blog. bagus la mu nih. keep up the good work. best blog mu

Nor Azizah Aling said...

Surah: aku saja-saja blogging untuk menghilangkan tekanan di waktu tertentu. Menulis mendatangkan 1001 ketenangan kerana apa yang terbuku di hati boleh diluahkan. :)

Post a Comment