~FISHING~ ...Calm and composed...

Monday, December 14, 2009 Posted by Azizah Aling

Cek Mek Klate..

Membelah ombak.. Inilah rutin yang mesti dilalui oleh insan bergelar NELAYAN, demi mencari rezeki yang halal untuk kelangsungan hidup. Mulia sungguh kerja kalian di sisi Tuhan..


Siapa kata wanita tak mampu jadi NELAYAN? :) Hasil tangkapan dari joran aku. Talinya hampir terputus.



Salah satu tarikan utama untuk aku tetap kekal menunggu umpan dijamah ikan. Redup.. Tenang.. Damai.. Maghrib menjelmakan diri menyapa umat seluruh alam. Sepertinya membentangkan satu lakaran kisah hidup seorang hamba yang mencari khaliqnya untuk terus bergantung dan membina kekuatan.



Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Hijau yang mendamaikan. Hati aku aman di sini..




Senja yang kian berlabuh.. Mencatat satu lagi kisah hidup umat manusia di dalam lipatan sejarah.





...PUNTUN...




Pilot area. See the GPS!!



Di jeti sahaja..




PANGKOR ~ Ada kisah suka dan duka di sini :)





Salah satu daripada lingkaran Pulau Sembilan



It belongs to me..



Ikan ni tersesat dan terkena pancing POLO aku berwarna merah jambu. :)



Fresh ~ Selepas 2 jam menanti.. Bersendirian.. Di Jeti Pengkalan Marin Kampung Acheh..


Masa memancing di Laut.. Dari pancing aku juga..


Memancing - akiviti yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Aku pun tak sangka akhirnya aku turut "terjebak" dengan aktiviti ini sejak 2007. Pada asalnya, aku hanya memancing sekadar untuk melepaskan "lelah" yang selalu memberat dalam minda sekaligus melantunkan emosi yang agak kurang enak. Kebiasaannya aku akan memancing bersendirian dan di saat menanti umpan di makan oleh ikan-ikan, aku akan manfaatkan segenap ruang yang ada untuk berfikir, meneliti dan mencari solusi atas apa juga permasalahan. Paling tidak pun, pasti beberapa naskhah bacaan akan aku hadamkan.


Hakikatnya, banyak masalah dapat dirungkaikan dengan jalan terbaik apabila kita diam, berfikir dan mentadabbur apa yang telah kita lalui dan bakal hadapi. Sebab itu aku agak kurang selesa bila ada sesetengah pihak mengatakan memancing adalah aktiviti yang sangat membuang masa. I beg to differ. Kalau tak pergi memancing pun, anda berada di rumah sekadar mengisi masa senggang hanya dengan menghadap TV yang diisi dengan program hiburan tak berfaedah, tak ada juga gunanya. 2 x 5 = 10, 5 x 2 = 10 juga kan..


Bila mana umpan pada kail disentap ikan, kita tidak boleh gopoh. Joran mesti disentap dan ditarik perlahan agar umpan mengenai sasarannya dan ikan tidak terlepas. Bila ikan tertangkap, di situlah kepuasan yang tidak terluah dengan kalimah datang berkunjung. Hasil tangkapan itu ibarat mutiara. He he.. Sungguh.. Tak kisahlah sama ada ikan yang dapat dipancing itu besar atau kecil. Dua-dua memberikan kepuasan tersendiri. Hmm.. Begitulah juga dengan hidup. Setiap masalah ada solusinya tersendiri. Jangan gopoh mencari jalan keluar. Ambillah masa untuk duduk, merenung dan berfikir. Pastinya natijah yang bakal dizahirkan akan menemui jalan kemenangan bersandarkan petunjuk Tuhan.


Apapun juga aktiviti yang ingin kita lakukan, semoga ianya memberi manfaat bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk seluruh umat manusia. Mudah-mudahan Allah SWT tidak menempatkan kita di dalam golongan yang rugi. Andai hari ini hasilnya sedikit, jangan berputus asa. Mungkin hari ini kita pulang dengan tangan kosong. Atau mungkin juga hari ini Allah cuma mahu kita dapat menangkap siakap sahaja. Mungkin di situ Allah ingin kita belajar tentang makna syukur. Tapi siapa tahu, dengan kail yang sama Allah akan beri kita rezeki yang lebih baik dan jenahak pula yang ditetapkan Allah untuk kita bawa pulang.. Hmm.. Tiada siapa boleh menduga apa perancangan Yang Maha Bijaksana Yang Di Atas Sana.. Letakkan sepenuh pergantungan kepada DIA. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita sedangkan pengetahuan kita amat terbatas dalam segal hal. Selamat memaknakan kehidupan dalam keredhaan Tuhan..

0 comments:

Post a Comment