Kembara Seorang Hamba

Friday, August 20, 2010 Posted by Azizah Aling


Allahu Akbar...
Aku masih lagi mahu terus mengembara
Aku masih mahu terus menjadi pengembara
Bumi ini masih banyak yang ingin aku terokai
Butir-butir hikmah yang bertaburan masih belum cukup aku miliki
Ruang lompong kehidupan masih belum aku penuhi.


Jasad ini masih belum banyak menyumbang
Iman dan amal masih belum seimbang
Pada tingkah laku yang terkadang sumbang
Pada kata-kata yang ada ketika masih 'ter'simpang..
Pada ekor mata yang adakala masih rambang.


Allahu Akbar...
Aku masih punya segunung impian
Jasaku pada orang tua yang menaruh setinggi harapan
Istana cinta fitrahku yang masih dalam samar bayangan
Juga pada impian memiliki zuriat yang beriman
dan pastinya pada cita-citaku untuk menjadi isteri solehah dan budiman.


Allahu Akbar..
Aku sedang mengembara
Dan akulah pengembara
Dan aku masih mahu terus mengembara
Sehingga sampai satu detik masa
Aku ditakdirkan berhenti
Tatkala itu aku akur
dan...saat itu
Moga aku sudah puas mengembara...

2 comments:

azieazah said...

Betul tu . Kita ni memang sedang mengembara..

Nor Azizah Aling said...

Kak Azie, semoga kembara kita dipayungi rahmat Allah dan dilindungi oleh para malaikat. Amin.

Post a Comment