FEStKUM 2009

Monday, December 14, 2009 Posted by Azizah Aling

JUARA - Pasukan dari UKM - Artis Sukma

Aku sudah terlalu penat. Tapi aku tidak boleh memungkiri janji..
Menunggu sehingga majlis selesai.

Di luar Dewan Tunku Canselor. MUSLIH SANG SAKA menangis kekecewaan. Aku tahu hati adik aku ni sangat rapuh. No worries, cuba lagi di pentas berlainan.


Token of appreciation ~ FEStKUM 2009 ~



Hadir memberikan sokongan walaupun aku sangat penat.


Adik-adik pemantun yang dijengah sebak.. Sabar ya wahai puteri bangsa.



Surau di Bangi, usai solat Maghrib sebelum menyusun langkah ke UM.


Sang Saka Bangsa is on the screen. Perasan la kamu dik!!


Sutra Pawana


Sewaktu upacara pembukaan FEStKUM 2009 berlangsung di UKM, aku masih lagi berada di Kuching atas tugasan rasmi. Pada awalnya janji sudah diikat dengan adinda SANG SAKA BANGSA untuk bersama-sama di majlis tersebut sebagai tanda sokongan terhadap penyertaan beliau dan pasukan UIAM. Tapi manusia hanya mampu merancang. Tentunya Allah lah sebaik-baik perancang terhadap apa yang sepatutnya berlaku dalam diari seorang hamba.

Maka aku memasang janji baru untuk menemani dia ke Pertandingan Pantun di Kompleks Perdana Siswa UM pada hari Sabtu sebagai tanda aku juga menyokong sahabat-sahabat beliau dan juga adik-adik pemantun di UIAM - Taman Ilmu dan Budi. Sekali lagi janji tidak tertunai kerana aku mendapat berita yang mengejutkan bahawa seorang teman baik telah ditimpa musibah.


Thus, as a matter of courtesy, I decided to pay a courtesy visit at her house. To me, we are not supposed to be together only in time of ups, but we shall remain close and reliable even in time of downs. Initially I drove my car heading Malaya University but the plan changed in a split second. I tender my deepest apology to you my little brother for breaking my promises again.

Aku hanya mampu menyampaikan kata-kata semangat melalui telefon untuk pasukan Sutera Pawana (Pasukan Dikir Barat UIAM) agar melakukan yang terbaik. Kakak yang juga merupakan tenaga pengajar di UIAM turut menyampaikan pesan agar pasukan UIAM mempersembahkan hiburan yang bermaruah dan berilmu, jangan terlebih yakin dan bertandinglah atas semangat kebudayaan yang luhur. 20 buah universiti tempatan mengambil bahagian dengan penyertaan mahasiswa melebihi 1000 orang.


Kali ini UIAM menghantar pasukan Dikir Barat dan Pantun dan beberapa acara tradisional lain, tetapi fokus UIAM adalah untuk Dikir Barat dan Pantun sahaja. Secara peribadi aku berpendapat acara lain tidak wajar untuk disertai sebuah universiti Islam yang menjunjung norma agama memandangkan majoriti pelajarnya adalah muslim. Lagipun apalah gunanya persembahan yang mendedahkan aurat sana-sini dibanggakan apabila tepuk sorak siulan nakal anak muda yang penuh ghairah mengambil tempat. Di mana nilai murni dan kesucian budaya itu diletakkan? Mungkin bunyinya sedikit sarkastik, tetapi aku cuba mencari nilai intelektual bermaruah daripada persembahan golongan bergelar mahasiswa. Kreativiti yang tidak diselaraskan dengan nilai agama adalah hiburan tanpa pegangan, ibarat layang-layang terputus tali.


My friends and I arrived at the Chancellery few minutes before the closing ceremony began. We were seated at the 4th row from the MC's podium, surrounded by the IIUM's students. I met my little brother at the back and he showed me the gold medal he received: that was for TUKANG KARUT TERBAIK.. Tak habis-habis dengan semangat asabiyyah UIAM aku ni. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku belajar untuk mematangkan diri dan mempertajamkan ilmu. Aku terasa seperti kembali ke alam kampus yang telah lama ditinggalkan dan banyak kenangan mengusik jiwa sepanjang acara berlangsung. Konklusinya acara yang dipersembahkan agak meriah tetapi terdapat beberapa kekurangan yang jelas ketara yang mana ia tidak sepatutnya berlaku. Suara pengerusi majlis (EMCEE) tidak kedengaran jelas dan ia membuatkan kami tertanya-tanya butir bicara yang dilontarkan.


Majlis ini mempunyai prestij yang tersendiri. Sewajarnya pihak penganjur memastikan the master of ceremony adalah bermutu dan sistem bunyi juga tidak gagal. Apabila suara tenggelam timbul, keluarlah adab liar seorang manusia bergelar MAHASISWA menjerit-jerit lantang meminta pengerusi majlis bercakap dengan jelas. It was so irritating!! They shouted right behind me. Tak payah disebut dari universiti mana. Cuma aku agak terkejut dengan budaya semasa mahasiswa alaf baru. Terpekik terlolong bagai orang kurang waras dan "Boooo...." teman-teman mahasiswa dari kampus lain. Apakah ini budaya yang kita ingin junjung dalam penganjuran kali ini??


Aku juga pernah melalui zaman kalian. Bukan mahu memukul canang mengatakan bahawa mahasiswa di zaman kami ini baik dan penuh santun belaka, tapi aku mampu berdiri gagah mengatakan "Mahasiswa di zaman kami kaya dengan nilai sopan orang timur, bukan melampiaskan amarah tanpa memikirkan implikasi." Apatah lagi, pasukan sorak yang "meremehkan" pasukan lain itu sangat dekat dengan tempat duduk tetamu kehormat. Di mana nilai hormat kalian? To cut the long story short, I was damn upset with the unbecoming attitude.... My dear fellow brothers and sisters, you must put a stop to it. Glorify the dignity as university students and uphold the virtues. Kalau perkara semudah ini kalian gagal junjung, apakah agaknya nasib negara ini di tangan kalian yang kononnya dimasyhurkan sebagai golongan intelektual di hari esok?


Apapun, persembahan yang paling aku sukai tentunya tarian zapin daripada adik-adik mahasiswa yang lengkap berbaju melayu, boria dan dikir barat. Sambil menonton, aku sempat bertukar pandangan tentang beberapa perkara dengan pelajar UIAM. Banyak juga perkara yang aku bualkan dengan adik-adik pemantun. Apatah lagi mereka juga sahabat kepada adik aku.


Semasa keputusan diumumkan mengatakan pasukan pantun UIAM hanya mampu meraih tempat ke-2, adik-adik pemantun menangis. Hiba dan sedih barangkali. Kakak tahu kalian menyimpan impian untuk menaiki podium sebagai seorang juara. Aku sebak sekejap melihat tangisan adik-adik yang aku hormati. Aku sempat menyampaikan pesan berikut kepada Ika Syafiqah, Nadeeah, Fifi dan juga Malin: kalah kalian kalah terhormat. Adat pertandingan ada kalah ada menang. Kepuasan bukanlah semata-mata terletak kepada kemenangan. Kepuasan sebenar terletak kepada usaha gigih dan jujur yang telah dilakukan sebelumnya. Kita belum layak dinobatkan sebagai juara kerana kita belum cukup baik untuk menggenggam trofi tersebut. Tak apalah, cuba lagi di masa akan datang. Kekalahan itu mematangkan. Hadapi dengan hati lapang.


Seterusnya pasukan dikir barat juga diumumkan memenangi tempat kedua. Aku tahu adik aku sangat kecewa dengan kekalahan ini. Sebelum ini beliau ada memberitahu bahawa UIAM secara tidak rasmi memenangi pertandingan dikir barat, tetapi keputusannya telah berubah.


My dear little brother, I know how do you feel at the moment. Like what i've told you the previous week before i went to Kuching, don't be too over-confident. I know that you guys are good. But your team has yet to reach the quality as a champion I guess. There must be a blessing in disguise that you never know. Mencari hikmah yang hilang itu sukar. Tetapi, pencariannya adalah sesuatu yang amat manis. Tidak selamanya apa yang kita inginkan kita dapat, tetapi kita harus bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki. Ambil masa untuk kembali merenung di manakah silap pasukan apabila gagal muncul sebagai juara.


Bagi kami, kejayaan peribadi Muslih Sang Saka sebagai tukang karut terbaik sudah memadai. FESTkUM bukanlah pentas kalian yang sebenar. Pentas sebenar kalian adalah pentas peringkat kebangsaan, bersaing dengan golongan dewasa yang mana pengadilannya lebih bermaruah. Jadi, apalah sangat yang ingin ditangiskan. I know that you cried last night while we had a short talk outside the hall. Rileks.. ini baru permulaan. Banyak lagi cabaran menanti di hadapan. Cuma, aku mengharapkan kamu semua boleh menaikkan martabat dan level dikir barat ke tahap yang lebih tinggi dengan mutu persembahan dan isi kandungan senikata yang boleh mendidik masyarakat.


Ia bukan setakat untuk berhibur semata-mata, tetapi ia juga adalah medium untuk menyampaikan dakwah - mengajak kepada yang baik, meninggalkan apa yang mungkar. Hiburan bukan semata-mata untuk mengubat hati walang dan bersuka ria serta mengejar glamour, tetapi ia sepatutnya menjadi hiburan untuk mendekatkan diri para penyampai dan pendengar dengan Yang Maha Kuasa.

Semoga pengalaman yang kalian kutip sepanjang penganjuran acara dapat dijadikan inspirasi untuk melangkah lebih jauh ke hadapan. Kita junjung maruah budaya warisan bangsa di tempat teratas berteraskan nilai agama, tetapi jangan dilupakan tujuan utama kalian ke universiti iaitu untuk menggenggam segulung ijazah buat bekalan di masa hadapan. Itu hutang kalian dengan keluarga masing-masing sejak hari mula kalian menjejakkan kaki ke universiti. Realiti sememangnya tidak seindah fantasi, tetapi realiti yang bermaruah lebih mulia daripada merealisasikan fantasi gila yang dijebak dengan rasuah..

4 comments:

Azree Ariffin said...

Assalamualaikum, kak Azizah.

Saya Azree, pengurus pasukan pantun yang duduk depan akak semasa Festkum. Terima kasih banyak-banyak atas kehadiran dan juga komentar yang panjang lebar serta sungguh bernas. Ya, saya amat setuju dengan pandangan mengenai isu "booo" itu. Mahasiswa tidak sepatutnya begitu. Lebih-lebih lagi depan kehadiran VIP. Sangat memalukan.

Apa pun, kami bersyukur atas kejayaan yang dicapai. Syukur sangat-sangat.

Oh, sudikanlah menjengah ke blog saya, - http://azreeariffin.blogspot.com

wassalam.

Azizah Aling said...

waalaikumussalam Azree..

Terima kasih kerana sudi menjengah blog akak. Nanti akak akan berkunjung ke laman blog Azree. Semoga usaha untuk memartabatkan budaya bangsa tidak mati dan terus subur sekalipun sudah melangkah ke alam kerjaya. Selamat menjadi graduan undang-undang yang hebat dari segenap segi.. :)

Sang Saka said...

bila masa aku teghiok? aku demam masa tuhh...

Azizah Aling said...

Aku tau la yang mana satu demam, yang mana satu menangis. Mohamad Muslih tu besar atas dukungan Azizah Aling!! Bunyi tapak kaki tu aku tahu doh mu hok melangkah dengan penuh kedebaban.. ha ha ha.. sorry bro!!

Post a Comment