Kongsi Bahagia - Kongsi Ceria
Kalian mahu tahu ke mana langkah kaki dibawa sepanjang tempoh dua bulan yang lalu? Ha! Inilah tempat terpilih ke mana derap kaki itu dibawa. Dalam ribut dan taufan kesibukan yang tidak mahu berhenti, Allah masih memberikan keizinan untuk aku mengenali makna diri melalui aktiviti yang sihat dari segi minda, emosi malahan spiritual juga.
Nah! Aku persembahkan untuk kalian dan kalian nilaikanlah sendiri ya. Ia berlaku di sekitar perkampungan orang asli Kampung Songkok, Ulu Yam, Bukit Tinggi dan Janda Baik.
Jika ada sesiapa di kalangan kalian yang berhati mulus mahu menderma, ayuh panjangkanlah hajat itu dankhabarkan ia kepadaku. Mudah-mudahan aku dapat lunaskan hasrat kalian untuk berbakti.
Lihat! Inilah realiti sebuah kehidupan.
Kita ada taklif untuk membantu.
Erti hidup pada memberi, bak kata Saifulislam.
Ini saat kami menjamah makanan di rumah Bonda Guru usai aktiviti.
Lokasinya: Janda Baik.
Aku jatuh cinta dengan Janda Baik.
Aman. Nyaman. Damai. Tenang. Ah! Semuanya indah belaka.
Buah Markisa - Prof. sendiri yang tanam di kebun beliau. Lazat yang amat.
4 comments:
Seronoknya dapat sertai aktviti sukarela sebegini... rindu Kak Azie nak bergerak aktif sebegini semula..
Tahniah kerana masih berupaya meluangkan masa utk kerja sebegini. Jika tidak kita, siapa lagi...
Baguslah. Keep it up!
seronok....
Kak Azie: Nanti tinggalkan nombor telefon di halamanemel saya ya. Saya kehilangan telefon bimbit tempohari. Semua data sudah lenyap.
Rabi: Amin. Insya Allah. Doakan ya.
Pooh! Mahu nombor telefon kamu juga.
Post a Comment