Bisikan senja

Saturday, May 15, 2010 Posted by Azizah Aling


Saya rindu dan sememangnya saya rindu. Cuma kadang-kadang ada perkara yang menghalang saya untuk menterjemahkan rasa rindu saya. Antaranya adalah ketentuan takdir dan keimanan hati yang mengatakan 'cukup' dan juga apa yang telah berlaku yang membuatkan saya harus mengatakan 'tergamaknya....'. Apa-apa juga yang tersimpan dalam hati saya adalah perasaan rindu yang saya pura-pura sorokkan atau sengaja abaikan supaya resah tidak menguasai hati saya dan sedih tidak menyapa hari-hari saya! Apapun, semoga saya kekal cekal dan kuat di perlembahan ini. Saya tetap iringi perjuangan teman-teman semua dengan setulus doa.

5 comments:

zeqzeq said...

aaaminnnn..

teman2 dan sahabat serta kekasih jauh dekat

azieazah said...

Tiada sempurna diri tanpa rindu, sedih dan bahagia...

zeqzeq said...

andai sidia tau..


serlahkan rasa rindu..

ehemm ada tak lelaki yang EGO tak nak akui perkataan RINDU..malas menaip R I N D U..

Nor Azizah Aling said...
This comment has been removed by the author.
Nor Azizah Aling said...

Biar kubentangkan rindu ini di tikar sejadah - menghamparkan segunung rindu yang teguh kepada Yang Maha Kuasa.

Post a Comment