"Susah tak nak jadi baik?"

Monday, June 14, 2010 Posted by Azizah Aling

Soalan ini tersangat banyak menghujani aku sejak dulu. Aku tidak ada formula tepat untuk merumuskan satu jawapan yang benar-benar praktikal dan bernas. Aku cuma mampu mengatakan:


"Nak jadi baik tak susah. Nak jadi jahat lagi susah sebenarnya."


"Kenapa pulak?"


"Sebab orang yang beriman secara fitrahnya sukakan perkara kebaikan. Tak suka menyusahkan orang, tak suka menderhakai Tuhan. Hatinya senantiasa lapang dengan segala macam bentuk ujian. Kehadiran diri dia disenangi, memandangnya menjadikan hati berbunga dan berlagu riang dan kehilangannya sangat dirasai ramai orang."


"Alamak... susah juga tu. Habis tu, nak kena solat 24 jam lah, nak kena bersedekah setiap hari lah.. Ishh.. Tak boleh buat kerja lain la kalau macam tu. Jadi miskin dan papa nanti."


"Siapa kata kena solat 24 jam. Solatlah dengan kualiti mengikut waktu yang telah ditetapkan. Satu waktu solat tidak mengambi masa sampai 20 minit. Kalau tengok TV, sanggup tunggu sampai habis siaran. Takkan nak luangkan masa selama 20 minit setiap waktu solat pun kita berkira kot. He he..


Bersedekahlah setakat kemampuan. Percayalah, kuasa sedekah sangat besar. Sekalipun kita tergolong dalam golongan miskin, kita tetap dianjurkan untuk bersedekah. Nanti kita akan mendapat pertolongan Allah dari pintu yang tidak terjangka sama sekali. Kalau kita rasa kedekut untuk bersedekah, bermaksud hati kita masih ada benih barah yang menunggu masa untuk pecah.


Jadi jahat lagi susah. Nak kena betul-betul determine bahawa kita nak buat kesalahan dan nak langgar perintah Tuhan. Hati kena kuat nak menjadi penghuni neraka. Teruk tu. Tekak nak kena tahan minum air panas, itu belum bercampur nanah dan sebagainya. Itu di akhirat. Silap-silap percaturan, dah kena hukum sejak berada di dunia lagi. Nak ke jadi penghuni tirai besi sepanjang hidup? Nak bergerak ke sana sini tak boleh, nak kahwin tak boleh, nak makan lemang raya dengan sanak keluarga tak boleh. Semua terikat."


"Eh, teruknya. Dahsyat"


"Sebab itu jadi baik lagi senang. Masuk waktu kita solat cepat-cepat. Tiap-tiap hari basahkan lidah dengan zikir. Lazimi AL-Qur'an dengan qira'at dan fasohah serta tajwid yang baik. Baca dengan tartil. Hormati dan taati orang tua kita. Tumpahkan sepenuh kasih sayang kepada mereka. Tiap-tiap hari, datang pejabat buat kerja dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang dikira sebagai ibadah. Syaratnya kena ikhlas dan iringi dengan bismillah. Selama kerja yang ikhlas itu dibuat, selama itulah malaikat mencatat pahala."


"Semudah itu? Maksudnya tak perlulah bangun malam-malam nak solat dan qiyamullail ya?"


"Perlu juga. Itu bonus. Sesiapa yang boleh bangun dan bersolat malam tentunya disayangi Allah dengan lebih banyak. Di samping dia melaksanakan amalan wajib, dia juga mendapat pahala dan ganjaran besar yang lain daripada Allah. Darjatnya diangkat lebih tinggi berbanding yang lain. Hatinya kuat dan kental mendepani ujian. Itu petanda cinta luar biasa terhadap Tuhan yang menghujankan seluruh rahmat dalam kehidupan hamba. Beruntungkan kita kerana dipilih Allah untuk menjadi muslim yang mengimani kebenaran dan keagungan ajaran Islam."


"Oh... Jadi, mulai hari ini saya mahu menjadi baik. Saya juga mahu disayangi Allah. Saya juga mahu disayangi semua orang. Terima kasih kak. Tak susah rupanya mahu menjadi baik."

13 comments:

Sang Saka said...

hendak seribu daya..mahu seribu cara..bukankah?? kalu nok jjadi jahat, cuba pikir daya kehendakan itu..kalu ubah kepada nok jjadi baik..ish2..alangkah indahnya dunia..

Nor Azizah Aling said...

Betul wahai adinda beta :) Hehe... Kami semua mahu Sang Saka Bangsa menjadi anak yang baik dan jangan tumpahkan air mata ibu kita yang dicintai kerana akhlak yang buruk. ok!

zeqzeq said...
This comment has been removed by the author.
zeqzeq said...

baik baik jadi baik

azieazah said...

Nak jadi orang berpura-pura baik lagi tak susah...:)

echah_syed said...

memang nak jadi orang yg baik sejak dari kecik lagi...hiks ;)

Nor Azizah Aling said...

Kak Azie: Susah juga tu. Nak kena control sana sini yang bukan datang secara tulus dari jiwa. Nanti tembelangnya pecah bersepai. He he..

Kak Echah: Sama-samalah kita.

zeqzeq said...

oleh itu kita dgr cakap dan baca orng22 sekeliling heee..terutama FB yang mulai menabur janji dengan bertopengkan aktiviti BAIK..

Nor Azizah Aling said...

Apa maksud Encik ZeqZeq? Apapun, diri wajib bijak memilih. Itulah kelebihan manusia dibandingkan dengan makhluk lain - kerana Allah telah anugerahkan aqal yang sepatutnya waras menapis dan menilai.

Nawwar Ridzuan said...

sronok baca article ni, setuju sangat.....nak jadi jahat sebenarnya susah .......sbb bila buat jahat, nak sorok2 lah, takut org tau, hati tak senang, pastu nak buat jahat tu pun perlu tenaga, masa, kdg2 duit.....so baik takyah buat jahat, dahla susah, rugi tenaga, masa dan wangn ringgit je.....

Nor Azizah Aling said...

Betul tu adik Nawwar. Ayuh kita berusaha menjadi baik agar kita tidak menjadi bahan fitnah umat.

NUR said...

assalamualaikum...
camne nk jd baik??

Nor Azizah Aling said...

Nur:

Alaikissalam. Bak kata sifu saya Sang Pelangi: "Semua manusia punya keinginan menjadi baik. Namun, bak lagu Raihan, "Pagiku lupa, petangku alpa." Bagaimana mahu istiqamah? Bermula hati, minda, hingga ke semua pancaindera, elakkan hal yang 'nakal-nakal'. Walau kita kadang-kala cuba bergurau 'nakal' (tanpa niat berselindung) tapi, syaitan mula buat kerja. Hati mula disuntik. Hal yang 'nakal-nakal' kita sangkakan ia perkara kecil. Rupanya...

Post a Comment