Cinta yang melangit luas..

Tuesday, March 23, 2010 Posted by Azizah Aling

Penghujung minggu yang lepas, aku kembali ke Bumi yang digelar sebagai Serambi Makkah (walaupun aku tak tahu apakah konotasi ini benar & cocok atau tidak). Inilah Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Sudah lama benar rasanya kaki ini tidak menginjak pada tanah yang subur dan damai dalam keunikannya yang tersendiri.


Hati sudah lama berada di kampung halaman, meskipun jasad masih berada di Putrajaya melunaskan tugasan yang tidak pernah selesai. Selalunya, ibu ayah yang mengunjungi anak-anak di sini sambil berehat dan bercuti atau melangsaikan tugas rasmi mereka. Memandangkan sudah lama udara di tanah kelahiran tidak dihirup, aku memutuskan untuk kembali.. Kembali ke pangkuan wajah-wajah yang dirindui.. menikmati kembali suasana yang hening bening dan menyimpan sejarah peribadi tersendiri.



Wajah yang disayangi

Ayah



Kereta menyusuri jalanraya jam 3.30 pagi dari Petaling Jaya. Aku benar-benar menikmati suasana hening pagi - kota Kuala Lumpur masih lena di sesetengah bahagiannya tetapi di sebahagian yang lain, masih rancak menyaksikan telatah manusia yang tidak kenal makna tidur dan rehat di malam hari. Benar-benar bertingkah dengan tuntutan azali seorang hamba. Jam 5.50 pagi, kami berhenti di Masjid Berchang, Pahang untuk menunaikan Solat Subuh. Saf agak panjang di bahagian muslimah. Aku gembira dan bahagia. Nyanyian cengkerik dan kokokan ayam benar-benar mendamaikan. Alhamdulillah..


Di sepanjang perjalanan, aku menikmati pemandangan alam semulajadi yang masih segar - masih jelas kelihatan embun pagi menitis di dedaunan. Kereta tidak banyak di jalanan menyebabkan aku boleh memandu dalam keadaan yang lebih tenang. Kelajuan kenderaan sederhana sahaja. Aku akui bahawa aku benar-benar rindukan kedamaian alam semulajadi. Memandu ke Kelantan bermakna pemandu mesti merentasi hutan rimba Pahang dan Kelantan. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini yang sempat aku rakamkan di sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan perjalanan aku menuju ke beberapa destinasi di Kelantan.


Aku tertarik dengan nama tempat ini. Sebagai anak jati Kelantan, sejujurnya aku tidak pernah tahu bahawa ada nama tempat sebegini di Kelantan. Aduh!! Buat malu saja.



Ini bukan udang. Tapi inilah belalang. Sedap. Belalang halal untuk dimakan sebagaimana termaktub dalam hadith Nabi SAW.



Nama tempat ini pun aku tidak pernah tahu.


Aku marah ni.. Pembakaran terbuka - pesawah membakar jerami padi.



Wajah alam..





Bawa anak-anak buah mandi-manda di Pantai Seri Tujoh.



Pemandangan biasa di Kelantan di hari cuti. Terkenang zaman sekolah rendah dulu.

'Azwa - peneman Cik Ngah yang setia.
'Azwa suka naik kereta dengan Cik Ngah sebab kereta Cik Ngah teduh - Mungkin kerana cermin kereta aku agak gelap. Kuranglah bahang matahari.


Dalam perjalanan ke Tumpat

Pohon kekabu. Banyak kekabu yang diterbangkan angin.

My everything


Kena pakai tali pinggang keledar macam 'Azwa ok!!


Perjalanan bermula jam 3.30 pagi.
'Azwa: 'Azwa tidur dulu. Nanti lepas subuh,
'Azwa temankan Cik Ngah memandu ok!! (Sambil mengambil telekung solat di belakang)
Cik Ngah: Ok..


'Azwa: Cik Ngah potong la lori ni. Susah 'Azwa nak tengok jalan kat depan.
Cik Ngah: Ok..


Jalan yang selalu meragut nyawa pengguna jalan raya. Walaupun ia jalan lurus, jangan sesekali memandu dengan kelajuan yang tinggi.

Selamat datang ke Kelantan!!!


Kabus pagi..

Bumi Allah sangat mendamaikan..


'Azwa yang ambil ni..




Sedih melihat bumi yang diperlakukan sebegini rupa..

Kesan kerakusan tangan manusia..


7 comments:

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Belalang??? Ada jual kat Kelantan ye? Vic baru tau....

Nor Azizah Aling said...

Iya Vic - Belalang :) Ada jual. Tapi bukan ada selalu lah. Biasanya lepas pesawah habis menuai padi, belalang tu banyak hinggap di jerami. Pasang perangkap, mudah dapat tangkap. Lepas tu asingkan lah satu persatu. Sedap sangat!!

UglyPooh said...

boleh lapor open burning tu kat JAS supaya diorang boleh dinasihati.

@cu SaYaNg said...

erk...belalang??
sedap ke?? ada ke jual kat sana?
spt VIC,acu pun baru tau..

Nor Azizah Aling said...

Ipah: Kalau lapor, tak payah nasihat dah. Terus saman, masuk Mahkamah. Bayar denda ataupun Penjara menanti kalau keluasan kawasan yang terbakar tu sangat besar. :) The paramount consideration is PUBLIC INTEREST..

Acu: SEDAP SANGAT. Ada jual. Yang kami makan tu, ada orang datang jual kat rumah abang ipar. Belalang tu halal. Nanti saya letak hadith yang membenarkan kita makan Belalang dan Ikan. Saya tak ingat semua "matan" hadith tapi saya ingat maknanya. Belalang dirujuk sebagai "al-Jarad" dan ikan sebagai "As-samak". Kitab ada di rumah.

azieazah said...

Wowww! Sungguh lama Kak Azie tidak ke Kelantan. Rindu dengan segalanya yg unik lagi indah di sana. Wpun tiada saudara, juga tidak ramai kawan di sana, tapi hati tetap teringat..

*Hmmm cermin keta gelap? Bukan orang sembarangan yang boleh dapat cermin gelap ni....

Nor Azizah Aling said...

Kak Azie: Kelantan sudah banyak yang berubah. Satu saja yang belum berubah: kebersihan - seringkali terabai.

Cermin gelap? Pemiliknya orang biasa sahaja.

Post a Comment