Andai Wanita Mentadbir Dunia

Thursday, March 25, 2010 Posted by Azizah Aling

PENGUMUMAN: Ini bukan satu provokasi. Aku hanya sekadar mahu menyelitkan apa yang ada untuk tatapan dan untuk difikir-fikirkan. Lihatlah ketertiban seorang wanita - begitu teliti dalam segenap perkara yang ingin dilakukan. Sebab itulah wanita ditetapkan Allah untuk menjadi ibu - kerana wanita mempunyai bentuk pemikiran yang teliti, unik dan kreatif.

Bayangkan jikalau wanita tidak kreatif, mana mungkin dia bisa menjadi murabbi untuk anak-anak yang semakin hari semakin dihimpit pelbagai bentuk hasutan dan anutan yang tidak bertamaddun. Mendidik anak-anak bukan kerja mudah. Kalau modul yang sama digunakan dari dulu sehingga ke hari ini, anak-anak mungkin bosan kerana sudah boleh menjangkakan bentuk didikan yang bakal diberikan. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab : Antum a'lam bi umuri dunyakum. "Kamu lebih mengetahui akan urusan duniamu. Maka mendidik anak-anak perlulah mengikut kesesuaian zaman tapi tidak bermakna ia boleh tergelincir daripada landasan aqidah. Tugas untuk memenangi hati anak-anak tidak mudah - ia jauh lebih payah jika ingin dibandingkan dengan tugas memenangi hati suami. Wah..!! Kenyataan berapi ni..


Tetapi ada kalanya, kekreatifan ini tidak digunakan pada tempatnya sehingga menimbulkan fitnah. Kita hidup di zaman fitnah. Fitnah itu bukan hanya bermaksud menceritakan perihal buruk orang lain kepada umum, tetapi konteksnya mengikut Al-Qur'an jauh lebih besar daripada itu. Fitnah itu boleh membawa maksud kacau bilau. Banyak sekali kita lihat kreativiti wanita yang tidak disandarkan kepada syarak. Nah!! Lihat saja kreaviti menghasilkan tudung. Benar, bertudung itu satu kewajipan. Kalau benar-benar ikhlas, pastinya kreativiti itu disandarkan kepada syarak apabila tudung bukan sekadar dibuat untuk menutupi rambut, tetapi juga melabuhkannya sehingga menutupi paras dada. Entahlah.. mungkin duit yang menjadi lonjakan utama menghasilkan kreativiti yang seolah-olahnya mempermainkan agama. Aku tidak tahu di mana silapnya...



Mungkin ada yang akan kata, walaupun tudung pendek tetapi ia lebih baik daripada langsung tidak memakai tudung. Aku panjangkan soalan kepada kamu yang bertanya sedemikian: apakah agama itu mesti diikuti separuh-separuh? Bagaimana kalau Allah beri kamu kaki, tetapi DIA beri kaki di sebelah kanan sahaja. Kaki sebelah kiri tidak diberikan. Boleh kamu berjalan dengan sempurna? Jawabnya tentu sekali tidak. Begitu juga agama. Ia tidak boleh diamalkan separuh-separuh. Nanti ia akan kelihatan tempang - sekaligus menimbulkan fitnah yang lebih besar dan natijahnya - timbullah kekeliruan dan kacau bilau dalam beramal.


Aku tidak mengatakan diri aku ini sempurna. Astaghfirullahal 'azim. Maafkan aku kalau aku khilaf dalam berbicara. Aku juga punyai banyak kelemahan, tetapi aku sedang berusaha memperbaiki diri dari hari ke hari. Aku tidak mahu kecintaanku pada dunia mengatasi kecintaanku pada akhirat. Aku yakin akan rahmat Allah yang tidak pernah putus untuk hambanya memanjangkan taubat kerana aku yakin janji Allah tentang pengampunan.


















9 comments:

Puan Hanis said...

Salam...

Saya sangat setuju dgn posting puan yang ini.
Baru lagi saya baca dalam satu majalah artikel tajuknya "hipokrit bertudung".
Rasa-rasanya semua tu lebih kuranglah maksudnya kan.

Bertudung tapi tidak di dalam istilah tudung yang mematuhi kriteria2x yang digariskan Islam.

Well, like what some people said,
"nowadays,it's hard to do the good things"
(read:tak buat dosa)

Keep on writing yek. :)

azieazah said...

Ada orang melihat wanita sebagai suatu objek yang rumit. Tapi wanita adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan juga memiliki kelemahan.

Tidak menjadi terbaik tetapi sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari semalam, sangatlah wajar sekali..

Nor Azizah Aling said...

Puan Hanis: Semoga kita bertudung demi menjaga iman. Bukan untuk berhiasa-hias agar nampak menawan dan dipuja orang.

Insya Allah, saya akan terus menulis selagi terdaya.

Kak Azie: Kita makhluk unik dan mesti bersyukur atas keunikan yang dianugerahkan. Semoga Allah tidak melepaskan diri kita teroleng-oleng di tengah "laut" luas dan menjadi bahan fitnah akhir zaman. :)

LORD ZARA 札拉 said...

Salam.

Keep on writing sis!
Love this =)

Nor Azizah Aling said...

Insya Allah Zara. Akak akan terus menulis dan berkongsi jikalau berkelapangan. Tapi penulisan akak tidak sehebat Zara..

zeqzeq said...

antara Liberal dan Islamik..pilihan di hati.

zeqzeq said...

Nor,
sesekali jadi BAHAN (kalau boleh perkataan FITNAH besar sikit)ujian fitnah apasalahnya, buat tauladan mana tau manis pahit ker?

Nor Azizah Aling said...

Zeqzeq: Ia bukan pilihan di hati, tapi ia pilihan antara syurga dan neraka..

Al-halalu bayyin, wal haramu bayyin. Saya mohon perlindungan Allah daripada menjadi bahan uji kaji fitnah seperti yang encik gambarkan. Wal 'iyya zubillah..

Post a Comment