Wednesday, February 10, 2010 Posted by Azizah Aling

Assalamualaikum wrt. wbt.

Buat teman-teman yang sangat aku sayangi..


1. Terima kasih banyak-banyak atas kiriman e-mel, SMS, panggilan telefon dan pelbagai lagi medium yang ada buat aku sepanjang aku "beruzlah" ini. Aku amat hargai semangat dan sokongan anda untuk memujuk aku meneruskan perkongsian di laman maya ini. Aku sangat terharu. Untuk menjawab soalan kamu dan kamu (kamu tahu kamu siapa kan.. he he), aku bukan merajuk lah. Tak terdetik pun untuk merajuk. Aku ada banyak tugas penting untuk agama dan negaraku tercinta yang perlu dilangsaikan sebelum aku kembali menyambung coretan kecil di sini.



2. Sejujurnya, aku juga sudah terlalu rindu untuk berkongsi pelbagai cebisan naskhah hidup dengan kamu semua. Masa amat mencemburui. Aku perlu berkongsi kasih dengan segala macam agenda penting untuk kehidupan. Insya Allah, apabila segalanya kembali surut, aku akan kembali ke laman ini. Doakan agar aku berjaya meredah jalan yang sangat menguji kesabaran, ketangkasan dan kejujuran. Aku mohon doa, semangat dan sokongan kamu semua..



3. Di bawah ini aku kongsi gambar dan nasihat yang seringkali aku renungi untuk memujuk hati saat aku hampir berputus asa. 'ala kullihal, terima kasih atas perhatian dan kasih sayang kamu semua. Salam ukhuwwah fillah.. Mudah-mudahan kita semua dapat berkasih sayang kerana Allah.





Regards,
Azizah Aling
Raudhah As-Sakinah
Putrajaya.

4 comments:

Unknown said...

Salam Sis,

Banyak cabaran dan halangan dihadapi manusia. Itu antara faktor menjadikan kita lebih 'manusia' berbanding manusia lain.

Lumrahnya, dalam perjalanan meniti kehidupan, sebilangan kita ada terpijak onak, duri dan sembilu. Ada bangun semula biarpun kesakitan dan merawat luka. Ada terduduk lalu menangisi kesakitan dan langsung tidak mampu bangun berdiri.

Apapun, sebagai manusia berilmu, ketabahan menjadi tunjang utama kehidupan.

Terima kasih.

azieazah said...

Salam...
belajar untuk menjadi kuat tidak susah, tetapi tempoh pembelajaran itu memang tak semua orang suka..
tetapi menjadi manusia bernama perempuan yang kental jiwa memang sungguh menyeronokkan...

UglyPooh said...

finally sudah ada entry baru....lamanye menyepi

Azizah Aling said...

Terima kasih Brother MAS, Kak Azie..

Kata-kata kalian memberikan semangat untuk hamba merentasi jalan sukar. Mohon doa yang berterusan ya.. :)

Post a Comment