Aging Gracefully
Lagi pula, di saat kehadiran hari kelahiran kali ini aku masih berada dalam tugas rasmi di Mahkamah terbuka sepanjang minggu. Seminggu sebelumnya pun aku sudah sibuk dengan pelbagai hal di pejabat sekaligus menjadikan aku terlupa bahawa 24 Februari 2010 bakal menjelma dan mencatatkan satu lagi kesinambungan kehidupan seorang hamba yang sangat dhaif bernama Azizah Aling.
The staff had organized an advanced birthday celebration at Warisan Complex for those who celebrated birthdays in February.
Thanks so much for the remembrance dear beloved staff and officers.
From the staff and colleagues.
My favourite cake - Chocolate Indulgence.
"Happy Birthday to Cik Ngah, Umi & Abah"
Terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan dan ketenangan untuk aku sama ada melalui panggilan telefon, SMS, surat, kad, email dan laman sosial Facebook. Doa kalian aku hargai teramat sangat. Namun, pastinya ucapan dan doa yang paling menyentuh hati adalah doa yang penuh tulus daripada ibu sendiri. Semasa ibu menelefon, aku sudah berada di Mahkamah terbuka. Ralat sungguh tidak sempat menjawab panggilan. Alhamdulillah, akhirnya kami sempat bersembang setelah Mahkamah ditangguhkan sementara untuk memberi laluan kepada makan tengahari dan solat zohor.
Sayu sangat mendengar ucapan dan kata-kata ibu. Ucapan yang penuh pengharapan. Penuh doa. Penuh kasih sayang. Antara yang ibu sampaikan: "Selamat hari lahir anakku. Dulu anak yang manis ini berada sembilan bulan dalam kandungan, dibelai penuh kasih sayang dan membesar dalam kepayahan. Tahniah kerana menjadi anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan. Selamat mencipta kecemerlangan secara berterusan dalam apa jua yang ingin dilakukan. Perindahkan akhlak. Perbanyakkan ibadah. Mungkin sudah sampai masanya untuk berfikir tentang mencari pasangan hidup yang beriman secara serius."
Sambil aku mengelek fail dari bilik ke Mahkamah, air mata mengalir satu persatu. Terus aku menuju ke bilik air, membuang tangis barang seketika. Benarlah, kata-kata ibu sangat dalam. Luahan daripada sanubari yang ikhlas aku kira. Ibu sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk aku. Aku sentiasa berharap agar aku tidak mendatangkan resah dan galau hati terhadap ibu sama ada mengenai kesihatan, keselamatan, kesusahan, kepedihan dan kerumitan aku kerana aku tahu ibu akan risau tentang diri aku. Jarak kami jauh. 8 jam perjalanan.
Aku mahu menjadi anak yang boleh mendatangkan bahagia untuk dia. Aku memberitahu ibu bahawa barangkali sudah sampai masanya untuk aku benar-benar memikirkan tentang diri sendiri. Adik-adik juga sudah besar dan matang dalam memimpin hidup dan sudah boleh mengemudi haluan tanpa mengharapkan pergantungan kepada kakaknya. Mungkin sudah sampai masanya untuk kakak mereka ini beransur memikirkan matlamat untuk membina hidup sendiri. Apapun, aku mohon izin dan restu daripada ibu. Kalau ibu tidak merestui dan tidak meredhai, aku tidak akan meneruskan. Aku pohon doa, izin dan berkat daripada ibu kerana aku amat meyakini bahawa keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ayah ibu. Semoga Allah membukakan jalan untuk aku menuju ke arah pintu-pintu kebaikan seluas-luasnya. Aku pohon doa kalian semua.
4 comments:
selamat hari lahir zah...:-)
semoga sentiasa dirahmati Allah
selamat hari lahir... :)
Selamat Ulangtahun Kelahiran to AZIZAH... Moga sejahtera selamanya, terus cemerlang dalam kehidupan...
Terima kasih atas ucapannya. Azizah Aling sudah tua setahun lagi. Pohon doakan semua yang baik-baik untuk hamba. Nanti kita jumpa di perhimpunan bloggers dengan Brother Mazidul ya...
Post a Comment