HATI MEMBERONTAK - JIWAKU LUKA DAN BERDARAH

Sunday, February 28, 2010 Posted by Azizah Aling

Sejujurnya, hati aku benar-benar memberontak, jiwa aku benar-benar luka dan berdarah dengan tragedi tragis yang menimpa Arwah Shafiya yang baru berusia 3 tahun. Dua hari aku diam memikirkan kegagalan untuk membantu apa yang perlu buat masyarakatku. Aku memang hamba kecil, tapi itu bukan alasan untuk aku menafikan taklif. Entahlah.. Berbondong-bondong soalan menerjah fikiran. Benar aku marah - sedih - pilu - semua bergaul dan bercampur menjadi satu. Aku sering mengangkat motto "SIBUK" sebagai alasan untuk tidak benar-benar menyantuni tugas dakwah. Ahh.. itu semua alasan sahaja sedangkan aku bisa punya masa yang lebih banyak untuk tujuan itu kalau aku benar-benar mahu..




"Ya Allah.. bantulah aku yang tidak berdaya ini.
Aku sudah terlalu lemah untuk mendepani hidup.
Aku sudah tiada upaya menanggung derita zahir dan batin..
Bawa aku pulang ke sisi-Mu Ya Allah"


(Barangkali inilah rintihan yang menghuni sudut hati anak kecil yang hidup di atas himpitan derita.. Tiada siapa yang tahu)..


...........................??!!!



"Membenci itu satu dosa, melainkan membenci pada dosa-dosa."






Selamat jalan duhai anak..

Maafkan daku kerana tidak berupaya menyelamatkanmu dari kamar derita..
Allah telah menjemputmu dari alam fana' ini ke menuju ke alam baqa'.
Syurga selayaknya untukmu nak..

Sahabatku, adakah wajar untuk kita membela mereka yang menganiaya? Di garis ini, aku keliru. Antara memberi ruang pembelaan dan memaafkan dengan menghukum agar ia memberikan pengajaran buat yang lain. Sepertinya kita benar-benar sudah kembali ke zaman jahiliyyah. Nyawa manusia sudah tiada harganya lagi.


Meminjam kata-kata Sifu Fauzi Shafie:



"Hukumlah yang bersalah. Sayangnya tidak ada hukuman ke atas masyarakat yang juga bersalah membiarkan jenayah (contohnya mereka bersedudukan) itu berterusan. Hukumannya hanya bala daripada Allah. Namun saya kira selain daripada hukuman, kita bertanggungjawab juga untuk mengelak jenayah daripada berlaku dengan ajakan berterusan, bersungguh, komited dan luas sebarannya ke arah kasih sayang dan hormat menghormati. Ajakan itu dalam Bahasa Arabnya ialah dakwah."


"Kesal saya kerana tidak cukup menjalankan tugas mengajak kepada keamanan lebih besar daripada marah saya kepada mereka. Begitu juga kesal saya atas tidak cukupnya peranan saya dalam meredakan caci maki dan sumpah seranah antara umat Islam. Lebih sedih dan pilu bila menyaksikan umat Islam yang majoriti berbalah hingga terbelah untuk mengambil hati golongan minoriti semata-mata kerana berebut kekuasaan. Lebih parah lagi bila Islam dijadikan barang dagangan untuk mengumpan sokongan."


Ya Allah.. berikan kami kekuatan untuk mendepani cabaran. Yang pasti, kita semua ada saham di dalamnya. Itulah yang menjadi igauan ngeri aku. Malaysia sedang mengalami krisis nilai yang parah, semakin membengkak nanah. Dakwah harus dipergiatkan dengan lebih gigih. Turun ke akar umbi. Tugas siapa? Pastinya tugas kita semua.

2 comments:

UglyPooh said...

ada org yg pandang ringan pada dosa....inilah salah satu akibat. :-(

selalu usahakan diri untuk merperbetulkan diri n bertaubat.

Azizah Aling said...

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNYA yang memburu maghfirah. Kita ni memang banyak dosa dengan Allah, apatah lagi dengan manusia.

Post a Comment