Apa Nak Jadi?

Friday, January 08, 2010 Posted by Azizah Aling

Jumaat mempunyai waktu rehat yang panjang di pejabat bermula 12.15 pm - 2.45 pm. Kebiasaannya, aku tak keluar ke mana-mana pun kalau bebanan kerja menimbun di atas meja. Tetapi, andai ada kelapangan aku akan ke surau bangunan Ministry of Finance (MOF) untuk mendengar kuliah agama oleh Ustazah Zaharah. Sejak akhir-akhir ini, ustazah sentiasa kurang sihat dan kuliah acapkali dibatalkan.


Semalam kami singgah ke pasar tani di hadapan MOF, mencari barang dapur dan beberapa barang yang lain. Tapi hati dijentik amarah yang agak besar apabila melihat KEBANYAKAN daripada kaum adam tanpa segan silu meneruskan perniagaan di tengahari walaupun azan memanggil untuk menunaikan solat Jumaat berkumandang berkali-kali. Satu siri azan dari Masjid Putra dan satu siri lagi dari Masjid Mizan (Masjid Besi). Pasar tani tersebut berada di tengah-tengah antara dua masjid tersebut. Kalau berjalan kaki sekalipun, masih sangat berkesempatan. Bukannya sampai patah kaki.. Aku marah sangat!!


Aku cakap kuat-kuat dekat kawan-kawan, jangan beli apa-apa barang daripada orang lelaki yang jual produk sebab mereka tak solat Jumaat. Mereka berdosa, jangan pulak kita kongsi dosa dengan dia. Ramai je kaum hawa yang boleh meneruskan tugas tersebut, bukannya lama.. sekejap saja. tak sampai 1 jam pun. Huh... tak rasa malu langsung... terlampau memikirkan untung dunia, sampai hutang dengan Allah tergantung tak terlaksana.


Kami tak beli apa pun, beli makanan sikit saja. Sakit hati punya pasal. Rasa seperti mahu baca surah Al-Jumu'ah kuat-kuat pada mereka, dengan tafsirnya sekali agar mereka faham akan pesanan Allah tentang urusan jual beli di hari Jumaat. Entahlah.. Aku bermonolog sendiri: semoga Allah tak menjadikan aku seorang hamba yang kufur nikmat dan lupa tanggungjawab.

2 comments:

morase said...

Salam..
Syabas dgn sikap yg diamalkan .. Rasanya perlu jabatan berkaitan secara rutin buat rondaan sebelum waktu jumaat tegur mereka supaya hentikan niaga atau pastikan dibuka dgn petugas wanita lagipun tidak seramai manapun yg berkunjung waktu itu..

Azizah Aling said...

Kalau lah ada pihak yang sudi memantau dengan lebih tajam, rasanya perkara ini dapat dielakkan. Hairan saya melihat ada kaum bapak yang sanggup tidur dalam kereta sedangkan khutbah gagah berkumandang di udara. Tak ada rasa tanggungjawab langsung. Ada sesetengah perkara kita boleh berkompromi, tetapi sesetengahnya langsung tak boleh.

Post a Comment