HATI MEMBERONTAK - JIWAKU LUKA DAN BERDARAH
(Barangkali inilah rintihan yang menghuni sudut hati anak kecil yang hidup di atas himpitan derita.. Tiada siapa yang tahu)..

"Membenci itu satu dosa, melainkan membenci pada dosa-dosa."

Selamat jalan duhai anak..
Maafkan daku kerana tidak berupaya menyelamatkanmu dari kamar derita..
Meminjam kata-kata Sifu Fauzi Shafie:
"Hukumlah yang bersalah. Sayangnya tidak ada hukuman ke atas masyarakat yang juga bersalah membiarkan jenayah (contohnya mereka bersedudukan) itu berterusan. Hukumannya hanya bala daripada Allah. Namun saya kira selain daripada hukuman, kita bertanggungjawab juga untuk mengelak jenayah daripada berlaku dengan ajakan berterusan, bersungguh, komited dan luas sebarannya ke arah kasih sayang dan hormat menghormati. Ajakan itu dalam Bahasa Arabnya ialah dakwah."
"Kesal saya kerana tidak cukup menjalankan tugas mengajak kepada keamanan lebih besar daripada marah saya kepada mereka. Begitu juga kesal saya atas tidak cukupnya peranan saya dalam meredakan caci maki dan sumpah seranah antara umat Islam. Lebih sedih dan pilu bila menyaksikan umat Islam yang majoriti berbalah hingga terbelah untuk mengambil hati golongan minoriti semata-mata kerana berebut kekuasaan. Lebih parah lagi bila Islam dijadikan barang dagangan untuk mengumpan sokongan."
Ya Allah.. berikan kami kekuatan untuk mendepani cabaran. Yang pasti, kita semua ada saham di dalamnya. Itulah yang menjadi igauan ngeri aku. Malaysia sedang mengalami krisis nilai yang parah, semakin membengkak nanah. Dakwah harus dipergiatkan dengan lebih gigih. Turun ke akar umbi. Tugas siapa? Pastinya tugas kita semua.